Sebelum ini, netizen meluahkan rasa marah apabila sebuah saluran podcast menjemput seorang individu yang didakwa bagi kes persundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’.
Dilayan seperti selebriti
Terbaharu, tular sepotong video memperlihatkan individu terbabit disambut dan dilayan oleh orang ramai ketika dia pergi ke sebuah lokasi dipercayai pasar malam.
Dalam video tersebut, orang ramai seakan teruja melihat kehadiran ‘Hot Daddy’ lantas ada yang menegur lalu berjabat tangan dengannnya.
Paling mengejutkan apabila ada di antara pengunjung pasar malam tersebut mengajak ‘Hot Daddy’ untuk mengambil gambar bersama-sama.
Seperti dijangka, perkongsian itu bakal menuai pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan orang awan yang melayan individu itu seperti seorang selebriti.
Kata netizen, ‘Hot Daddy’ tidak layak diberi layanan sedemikian susulan perbuatannya yang salah di sisi agama Islam.
Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.
Mengikut pertuduhan, ‘Hot Daddy’ atau nama asalnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, bersama dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Video