[VIDEO] Netizen Puji ‘Effort’ Suami Nynaa Harizal, Pertahankan Rumah Tangga Beri Sinar Bahagia – ‘Berkat Tak Give Up’

Shopee Sale


Kebahagiaan yang terjalin dalam rumah tangga pelakon, Nynaa Harizal dan suami, Mohamed Fahmi Ilyas mencuri tumpuan ramai.

Nynaa Harizal kini bahagia bersama suami & anak-anak

" data-video-id="7446736341250919687">
@nynaaharizal_ ?? #familyguy ? suara asli – Sagala Musik

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok memaparkan Nynaa atau nama lengkapnya Nur Hanynaa Hariza bersama suami bersama dua anak mereka sedang merakam momen bersama di hadapan rumah.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah senyuman yang terpancar pada bibir Nynaa menunjukkan dia kini sedang berada di fasa bahagia bersama keluarga kecilnya itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengimbas kembali kejadian yang pernah menimpa rumah tangga pasangan ini sekitar 2021 lalu.

Namun dalam masa yang sama, mereka memuji kesabaran dan usaha yang pernah dilakukan Fahmi sehingga mampu menyelamatkan rumah tangganya yang akhirnya membawa sinar kebahagiaan buat mereka berdua.

Suami dia begitu sabar masa tu, terlalu sayang agaknya rela berbuat apa sahaja agar isteri taat padanya

Bertuah Nynaa, suami dia memang gentle betul. Sampai sekarang ingat macam mana suami dia usaha jaga rumah tangga

Salute suami dia tak putus asa dulu pertahankan diri dia sebagai suami. Sekarang dah dua anak, kita memang kena cari lelaki yang sayangkan kita baru effort tu ada

Berkat suami tak give up

Suami dia jenis penyayang dan sayang keluarga

Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba F3, Mohamed Fahmi Ilyas 28 Ogos 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariyaana dan Isaac.

MENARIK:  Fify Azmi ‘Unfollow’ Syazwan Zulkifly Di Instagram

Terdahulu, kontroversi rumah tangga Nynaa dan Mohamed Fahmi tercetus selepas Nynaa didakwa diculik ahli keluarganya, penghujung tahun 2021.

Susulan itu, Mohamed Fahmi membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan membuka fail tuntutan nusyuz terhadap Nynaa berikutan hampir dua minggu keluar rumah tanpa kebenaran.

Seterusnya, Nynaa memfailkan permohonan cerai kepada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru. Takdir menentukan, hubungan mereka kembali jernih dan memilih untuk tidak berpisah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular