[VIDEO] Netizen Puji Persembahan Rezza Shah Di Pentas CSOIAM, Cadang Ceburi Bidang Lakonan – ‘Menyanyi Okay Tapi Jadi Pelakon Lagi Sesuai’

Shopee Sale


Persembahan daripada salah seorang peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) iaitu Rezza Shah pada konsert minggu kedua CSOIAM menerima pelbagai reaksi daripada penonton dan warganet.

Persembahan Rezza Shah

" data-video-id="7453828837214833938">
@calpissodaoneinamillion Penuh perasaan nyanyian Rezza Shah. Yuna suka dengan tone suara Rezza tau! ? Calpis Soda One In A Million • Setiap Ahad • 9 malam di TV3 & Strim sekarang melalui Tonton. Tonton Calpis Soda OIAM untuk peluang memenangi sebuah Peugeot Landtrek setiap minggu! Calpis Soda One In A Million, Sejuta Soda Satu Juara! #CalpisSodaOIAMTV3 #SejutaSodaSatuJuara #CalpisMalaysia #OIAM ? original sound – CalpisSodaOneInAMillion

Rezza yang mempersembahkan lagu Tiara nyanyian daripada kumpulan Kris menerima komen positif daripada juri jemputan iaitu penyanyi, Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai.

Awak kata awak tak sihat? tapi saya rasa suara awak sangat sempurna. Tone suara awak sangat bagus, saya rasa cukup dah awak menyanyi dengan penuh perasaan.

Saya dapat rasakan persembahan kali ini awak cuba lakukan lebih dari segi perasaan, emosi. Awak memang ada bakat, ada pakej termasuk rupa dan boleh menyanyi.

Sementara menjengah ke ruangan komen pada video yang dikongsikan di TikTok rasmi Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), rata-rata warganet berpendapat bahawa Rezza lebih sesuai sekiranya menceburi bidang lakonan kerana memiliki paras rupa yang kacak.

Tidak kurang juga ada yang kurang senang melihat persembahan Rezza selain menyifatkan dia tidak berbakat dalam bidang nyanyian serta suaranya tidak layak untuk dipertandingkan di pentas CSOIAM.

Dia ni macam Aiman Redza, rezeki mungkin lebih kepada pelakon

Jadi pelakon okay ni

Rezza ni mula dari Popstar, lepas tu masuk bintang rTM dan kini disini pula. InsyaAllah ada harapan

Dari kecil budak ni kalau masuk show menyanyi, mesti susah nak keluar

Handsome, boleh jadi penyanyi dan pelakon

Bagi saya Rezza sesuai jadi pelakon, kalau menyanyi okay juga tapi pelakon lagi sesuai

OIAM cari semua pakej, bukan menyanyi je

Model dan pelakon okay, ada rupa insyaAllah boleh pergi jauh

Untuk info, para peserta CSOIAM pada minggu ketiga akan membawa tema Rasa Paling Indah.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Kau Nyanyi Fattah, Jangan Pakai Mikrofon..Kalau Suara Tak Sedap Orang Tak Marah’ – Bell Ngasri

CSOIAM dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

Seramai 10 peserta telah terpilih ke minggu hadapan iaitu Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hafiz Zainal, Rezza Shah, Hazimi, Alya, Eylia, Dayangku Iffah dan Mary Grace bakal berentap pentas CSOIAM untuk merebut wang tunai berjumlah RM1 juta.

Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

Bagi undian pula, boleh ke http://www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular