[VIDEO] Netizen Tak Kelip Mata Tengok ‘Asoka Challenge’ Versi Cik B – ‘Paling Comel! Hilang Watak Ganas Dia’

Shopee Sale


cik b asoka

Trending baru-baru ini, ‘Asoka Challenge’ iaitu penghasilan sebuah video solekan dengan teknik suntingan transisi yang menggunakan salah satu runut bunyi dari filem Bollywood, Asoka.

Ramai selebriti dan personaliti media sosial tempatan turut mengikuti trend tersebut.

Versi paling comel

cik b asoka

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, anak kepada ushawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B tidak ketinggalan untuk menghasilkan video ‘Asoka Challenge’.

Pada awal video tersebut, kelihatan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memakai baju berwarna putih dan wajahnya sengaja dicomotkan sehinggalah terhasilnya solekan sempurna.

Asoka versi saya, dipaksa oleh mama.

Tidak cukup dengan itu, video berdurasi selama satu minit 30 saat tersebut diteruskan dengan transisi solekan yang lebih menarik. Untuk solekan kedua ini, remaja berusia 19 tahun itu kelihatan manis dengan busana serba merah dan mengenakan aksesori tradisional India.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha keras yang dilakukan Cik B dan seluruh pasukannya yang menjayakan penghasilan video tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga menyifatkan ‘Asoka Challenge’ tersebut adalah versi yang paling comel pernah dihasilkan.

Asoka paling comel. Hilang watak ganas dia.

Energy dia macam bukan kena paksa.

Part jari-jari comel sangat.

Buat trend Asoka terpaksa so kunyah lirik pun terpaksa.

Cik B in character, cantik sangat dengan make up tu.

Sementara itu, tinjauan mendapati Cik B dan ibunya turut berkongsi di sebalik tabir pembikinan video tersebut yang difahamkan mengambil masa dari malam hingga ke subuh.

MENARIK:  Ali Puteh's Success in Accumulating RM75,000 from the Sale of Personal Items and Food Products
" data-video-id="7369953008207006994" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@cikb_havoc

My ASOKA Version forced by mum, @QU PUTEH BARULAH PUTEH #asokamakeup #asokamakeuptrend #asokamalaysia #cikb #bossb #cikbhavoc #cikbasoka #fyp #fyp??viral #onthisday #foryou #foryoupage

? original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular