Pelakon Zul Yahya sekali lagi mendapat perhatian warganet, kali ini mereka menegur caranya mengendalikan makanan ketika berniaga.
Nasihat netizen
Peknga dan Ubi Rebus dari Zul Yahya & Family di perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh. Sehingga 31 Ogos 2024 .. Moh kite ! #peknga #ubirebus #zulyahya #stadiuminderamulia #jomsantaifoodfestival #ipohperak
? original sound – OHMYPERAKIpohIpohAjerrOriginal – OHMYPERAKIpohIpohAjerrOriginal
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya dilihat sedang berniaga di perkaragan Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak.
Aktor berusia 51 tahun itu, mempromosikan jualannya iaitu peknga dan ubi rebus.
Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet memberikan reaksi kurang senang apabila melihat Zul memegang rambut ketika menyediakan makanan.
Justeru itu, mereka meminta pelakon filem MX3 untuk mengemaskan rambutnya dan mengenakan pakaian yang berlengan panjang untuk menjamin kebersihan makanan.
Harap lepas ini rambut tu ikat kemas.
Ikat rambut dulu, bagi kemas sikit. Awak berniaga, serabut tengok rambut macam tu.
Zul, janganlah pegang rambut masa memasak.
Lepas pegang rambut terus masak ke?
Selepas ini pakai baju lengan panjang sikit, nampak ketiak.