[VIDEO] Osem Han Lancar ‘Masih Bisakah’ Sebagai Luahan Realiti Kehidupan Rumah Tangga – ‘Terlalu Banyak Isu Cerai Sekarang’

Shopee Sale


Osem Han

Penyanyi dan komposer, Osem Han melancarkan lagu terbaharu berjudul ‘Masih Bisakah’ sebagai respons terhadap peningkatan isu perceraian dan ketegangan dalam hubungan rumah tangga yang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Banyak kes perceraian

Osem Han

Menurut Osem, karya ini tercipta sebagai refleksi terhadap realiti kehidupan rumah tangga yang tidak selalu indah, apatah lagi dengan wujudnya media sosial yang memberi ruang kepada lebih banyak masalah peribadi untuk dibincangkan secara terbuka.

Terlalu banyak isu perceraian sekarang ini. Mungkin dulu kita jarang mendengar tentang masalah rumah tangga secara terbuka, tetapi dengan media sosial, isu ini semakin meluas dan mendapat perhatian ramai.

Itulah sebabnya saya menghasilkan lagu ini, untuk memberi pengajaran dan membuka mata tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan berpasangan.

Tambah Osem, lagu ‘Masih Bisakah’ mengangkat tema besar tentang penerimaan dan keikhlasan dalam sesebuah hubungan dan berkisar tentang bagaimana pasangan berhadapan dengan kesalahan serta ketidaksempurnaan masing-masing.

Lagu ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi lebih kepada soal kemampuan pasangan untuk menerima kesilapan dan bertahan dalam hubungan yang diuji oleh masa.

Lagu ini ibaratnya seperti bertanya kepada diri kita, bolehkah kita menerima kesalahan pasangan kita? Bolehkan kita terus bersama walaupun sudah banyak perkara yang berlaku?

Dalam setiap perhubungan, ada masa kita merasa teruji dan bertanya, Masih bisakah kita teruskan?

Cabaran perhubungan

Osem Han

Tutur Osem lagi, lagu ‘Masih Bisakah’ juga sangat dekat dengan pengalamannya sendiri dan liriknya yang menggambarkan cabaran dalam perhubungan.

Mungkin ada kaitannya dengan kehidupan saya dan isteri saya. Saya ingin memberi peringatan bahawa dalam perkahwinan, tidak semuanya sempurna. Ada fasa-fasa indah, tetapi ada juga cabaran besar yang perlu dihadapi bersama.

Lagu ini juga sengaja saya biarkan ‘tergantung’ tanpa penyelesaian yang jelas, menggambarkan bahawa jawapan sebenar bagi setiap pasangan ada dalam diri mereka sendiri.

Dalam pada itu, Osem berkata, dia berusaha untuk tidak menjadikan ‘Masih Bisakah’ sebuah lagu yang terlalu klise atau romantik. Sebaliknya, lebih kepada sentuhan realistik yang mencerminkan kehidupan sebenar.

Saya cuba elakkan lagu ini daripada menjadi terlalu ‘lovey-dovey’. Ini adalah tentang realiti hidup. Saya mahu pendengar rasa seolah-olah mereka sedang bercakap tentang kehidupan mereka sendiri.

Proses penghasilan lagu ini juga mencabar dimana lagu ini dirakamkan di tiga lokasi berbeza iaitu Singapura, Jakarta, dan Bali, bagi mendapatkan pengalaman muzik yang pelbagai.

MENARIK:  [VIDEO] Lancar Lagu Duet Bersama, Netizen Komen – ‘Mana Satu Achey, Mana Satu Tantari Ni?’

Ujar Osem, Masih Bisakah agak susah dinyanyikan kerana banyak elemen ‘feel’ daripada teknik vokal. Proses rakaman ini juga benar-benar menyampaikan emosi sebenar dalam lagu.

Perkahwinan

Meskipun tidak terlalu konsisten dalam mengeluarkan lagu, Osem tetap berusaha keras untuk memberi yang terbaik bagi setiap karya yang dihasilkannya.

Osem berharap ‘Masih Bisakah’ dapat memberikan pengajaran kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam hubungan rumah tangga.

Lagu ini mengingatkan bahawa dalam perkahwinan, cabaran dan ujian adalah sebahagian daripada kehidupan.

Jangan terlalu mudah berputus asa bila menghadapi masalah. Perhubungan memerlukan usaha bersama untuk terus berkembang.

‘Masih Bisakah’ bukan sahaja sebuah lagu, tetapi sebuah seruan kepada semua pasangan untuk berfikir panjang tentang keputusan mereka dalam hubungan.

Dengan realisme dan keikhlasan yang disuntik dalam lirik dan muziknya, Osem berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan pengajaran buat mereka yang berdepan dengan ujian dalam perhubungan.

Masih Bisakah kini sudah boleh didengar di semua platform muzik digital.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular