Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi menyorot perhatian warganet, kali ini dengan harga pakaian yang digayakannya.
Barangan jenama mewah
PASANG BADAN X @cikb_havoc66 !! Idea asal: @DJ Nazz Video: @zarul zulkifli Editor: @fareeznasir #cikb #cikbhavoc #pasangbadan #kubilangjangandinjangan #takhensemtapimanisnyaada #skibidi
? original sound – RAA – RAA
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik B bersama penyampai radio Radin mendedahkan harga bagi setiap barangan yang dipakai dan keseluruhannya berharga kira-kira lebih RM100,000.
Tinjauan , mendapati Cik B gemar memakai barangan daripada jenama mewah seperti Balenciaga, Gucci dan Louis Vuitton.
Cermin mata hitam saya beli di Milan, Itali dalam harga RM5,000 lebih.
Cincin satu set dalam RM2,000.
Jam ini saya selalu pakai sebab sepadan dengan baju, dari brand Omega dan harganya RM90,000.
Baju ini biasa sahaja harganya RM900 manakala baju di bahagian dalam pula dari jenama Al Hilal dalam harga RM600. Seluar pula kawan saya yang buatkan dan berharga RM900.
Kasut Balenciaga RM7,000. Beg pula dari jenama Louis Vuitton berharga RM12,000 dan dompet saya RM1,000 lebih.
Ketika disoal tentang perbelanjaan bulanan untuk pakaian, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen memberitahu dia berhabis ribuan ringgit demi fesyen.
Tak riak la, dalam RM300,000. Dulu minta kebenaran mama (untuk berbelanja) tapi sekarang tak.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan jam tangan mewah kepunyaan gadis berusia 19 tahun itu.
Aku ingatkan jam RM90. Tambah RM60k lagi dapat la harga rumah sebiji, itu pun hutang bank.
Jam Cik B tambah lagi RM20k sama harga macam kereta aku.
Cik B belanja bulanan RM300K, boleh beli rumah teres tiap-tiap bulan.
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji Cik B kerana berterus terang memberitahu harga setiap barangan yang dimilikinya.
Tak rasa dia riak atau menunjuk, dia merendah diri.
Bagus Cik B, jujur siap harga. Baru betul pasang badan.
Walaupun barang-barang dia ribu ringgit, tapi aku suka tengok Cik B. Sempoi je.
Sekadar info, Cik B sebelum ini pernah berhabis sebanyak RM657,750 untuk pakaian dan aksesori daripada jenama mewah antarabangsa.
Cik B juga meraih perhatian netizen apabila dia menerima sebuah kereta jenis Brabus G63 sebagai hadiah ulang tahun kelahiran daripada ibunya.