[VIDEO] ‘Patut Bersyukur Isteri & Anak Masih Hidup Bro’ – Dr Say Respons Isu Suami Nak Kahwin Lain Sebab Isteri Bersalin ‘Czer’

Shopee Sale


Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila si suami tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya tidak bersalin secara normal.

Lebih menyedihkan, si suami turut memarahi dan menyifatkan isterinya sebagai ‘sudah rosak’ kerana bersalin dengan menggunakan kaedah pembedahan atau caesarean (czer).

Berikutan daripada itu, Dr Say telah tampil memberi respons mengenai isu tersebut.

Jangan jadi lelaki bodoh

Menurut Dr Say Shazril, isu tersebut telah mencuri perhatiannya kerana isterinya pernah bersalin secara emergency caesar sebelum ini.

Ujar Dr Say, lelaki tersebut sepatutnya bersyukur isteri dan anaknya masih hidup dan berada dalam keadaan yang selamat selepas melalui pembedahan sebegitu.

Jangan jadi lelaki bodoh macam ini. Ugut isteri nak kahwin lain semata-mata sebab caesar. Tambahnya, dia nak buat sedemikian kerana isterinya telah rosak. saya cukup triggered dgn lelaki macam ni yang cetek akal dan ilmu.

Emergency caesar adalah satu keaadaan yang mana ibu mengandung harus bersalin secara pembedahan dalam keadaan getir kerana dikhuatiri membahayakan nyawa ibu atau kandungan jika proses bersalin itu dibiarkan lebih lama.

Anak pertama saya lahir emergency caesar sebiji macam kisah wanita ni yakni bayi lemas yang mana denyutan jantung bayi lemah, tali pusat melilit leher anak saya sebanyak dua kali. Takkan sewenang-wenangnya suruh seorang ibu untuk melakukan emergency caesar kerana risiko pembedahan lebih besar berbanding bersalin normal.

Tambah bapa kepada tiga orang cahaya mata ini, tujuan utama emergency caesar adalah untuk kurangkan risiko dan memastikan outcome yang terbaik buat ibu dan juga bayi.

Badan celah mana yang rosak? Doktor jahit dengan kemas dan teliti sebab kalau tak jahit kemas akan ada pelbagai komplikasi seperti pendarahan, jangkitan kuman, luka terbuka dan banyak lagi.

Yang rosak itu pemikiran hang bro. Hang patut bersyukur isteri dan anak hang masih hidup bro.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

MENARIK:  [VIDEO] Bekas Isteri Safee Sali Terima Kifarah? – ‘Tak Mengapalah Orang Tak Tahu’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular