Gambar sekadar hiasan
Seorang pemandi jenazah berkongsi yang menggunakan susuk ditubuh badan mereka.
Kesan susuk
Uruskan jenazah pakai susuk… “Susuk nie sampai ke mati tak boleh buang. Doktor nampak masa x-ray tapi biasa mereka biarkan. Sebab ada kes kena ganggu … “Biasanya bila kita berkawan dengan jin, lepas mati memang susah nak uruskan. Ada saja halangannya. Pak Imam tertidurlah, pemandu van jenazah tak sampai-sampai, anak beranak bergaduh masa jenazah mak masih ada, malah Acik sendiri ada perasaan “malas” je nak pergi. Ikuti pengalaman Acik lasminah yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan jenazah wanita di Lembah Klang. Boleh tengok vidoe penuh temubual di YouTube Mingguan Wanita. Lokasi penggambaran di Tanah Perkuburan Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam#pemandijenazah
? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, wanita yang dikenali sebagai Iasminah berkata, berdasarkan pengalamannya pihak hospital boleh mengetahui jika ada jenazah memakai susuk.
Bukan saya sahaja yang nampak, pihak hospital pun boleh nampak. Kalau emas boleh nampak atau ada berlian.
Bagaimanapun, doktor yang merawat tidak akan ambil peduli tentang hal tersebut kerana bimbang ilmu hitam yang digunakan oleh si mati akan mengganggu mereka.
Bila X-ray doktor sendiri akan tahu, kalau doktor kacau ‘benda itu’, ia akan kacau doktor balik. Sebab itu doktor tak ambil peduli, dia hanya akan cakap nampak besi.
Kalau doktor bagitahu kami, doktor itu akan susah nanti..’benda itu’ akan pergi dekat dia. Pernah terjadi, doktor nak cucuk tak boleh tapi doktor itu pula yang pengsan.
Menurut Iasminah, semasa menguruskan jenazah yang memakai susuk lazimnya akan berlaku kejadian yang aneh.
Pemandu van jenazah tertidur, imam telefon tak angkat. Kemudian saya kata bawa balik sahajalah jenazah itu tapi kena disembahyangkan.
Kadang-kadang dari rumah hujan selebat-lebatnya sampai ke sana. Pelik juga.
Ada sahaja aral. Ustaz 10 kali saya telefon sampai keluarga dah mengamuk, rupanya dia tertidur. Keluarga dia pula bertelagah di luar.