VIDEO: Pengalaman Sulit Mak Ayah Saya Makan Nasi Dengan Garam Tanpa Elektrik dan Minyak Tanah – Mila Jirin

Shopee Sale


mila barang kemas

Penyanyi, Mila Jirin berkongsi tentang kesusahan yang pernah dialami oleh dia dan keluarga sebelum dirinya bergelar usahawan berjaya.

Lalui fasa hidup susah

mila barang kemas

Menerusi temu bual Sinar Plus, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin berkata sebagai seorang anak, dia bertanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga meskipun baru berusia belasan tahun.

Saya datang dari keluarga yang susah. Lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) umur 17 tahun saya sudah bekerja menyara dan bantu keluarga.

Saya menyaksikan mak ayah saya susahnya sampai tahap, kalau orang cakap makan nasi dengan minyak, makan nasi dengan garam, rumah tak ada elektrik, guna minyak tanah..saya dah lalui. Betapa daifnya kehidupan saya.

Walau bagaimanapun, kepayahan hidup yang dilaluinya dijadikan semangat untuk tetap berjuang demi menyara keluarga tercinta.

Itulah yang menjadi sumber untuk saya mengejar cita-cita dan impian demi nak keluarkan keluarga saya daripada kesusahan. Alhamdulillah Allah rezekikan saya menjadi anak seni seawal usia 19 tahun, saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bawa mak ayah serta adik-adik. Bermulalah episode menjadi ketua keluarga, di mana saya paksa mak ayah saya untuk tidak bekerja.

Mila juga mengucapkan rasa syukur apabila setiap ujian diberi berjaya ditempuh sehingga menjadi antara usahawan yang dikagumi hari ini.

Bila bercakap tentang menggalas amanah, ujian tu memang macam-macam tapi Alhamdulillah saya dapat atasi satu per satu.

MENARIK:  Aliff Syukri Ingatkan Pekerja Angkat ‘Call’ Majikan Selepas Waktu Bekerja, Baru Nampak Berdedikasi – ‘Walaupun Siang Atau Malam’
" data-video-id="7341333894916066562" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@sinarplus

Tiada jalan ‘short cut’ untuk menjadi senang. Selepas tamat SPM, sudah mula bekerja untuk membantu keluarga milajirin #inspirasiwanita usahawanberjaya hariwanita sinarplus #lifestylesinarharian

? original sound – SinarPlus – SinarPlus

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular