[VIDEO] Penumpang Azerbaijan Airlines Tenang Ucap Syahadah, Sempat Hantar Video Pada Isteri Sebelum Pesawat Terhempas

Shopee Sale


Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang sedang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas di Aktau, Kazakhstan pada Rabu.

Mengucap dan berdoa

 

View this post on Instagram

A post shared by Islamic Quotes and Muslim News (@islamify)

Menerusi sebuah video tular, seorang penumpang dilihat berada di dalam keadaan yang tenang dan sempat mengucap dua kalimah syahadah.

Dalam masa yang sama, lelaki itu juga bertindak merakam detik-detik akhir situasi di dalam pesawat tersebut.

Difahamkan video itu telah dihantar kepada isterinya sebelum pesawat berkenaan terhempas.

Luka di wajah

 

View this post on Instagram

A post shared by Islamic Quotes and Muslim News (@islamify)

Sebuah lagi video menunjukkan lelaki berkenaan terselamat dari insiden itu dan mengalami luka pada bahagian wajahnya.

Lelaki tersebut mengucapkan ‘Allahu Akbar’ dan turut merakam keadaan pesawat yang telah terhempas.

Terdahulu, seramai 38 orang mangsa telah terbunuh manakala menurut laporan Kementerian Kecemasan Kazakhstan, 29 lagi penumpang termasuk tiga orang kanak-kanak telah berada di hospital.

Pesawat Embraer 190 itu sepatutnya terbang ke barat laut dari ibu kota Azerbaijan, Baku ke bandar Grozny di Chechnya di selatan Rusia, tetapi sebaliknya terbang merentasi Laut Caspian dan terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan.

MENARIK:  [VIDEO] Suara Nadeera Zaini Tambat Hati Penonton Anugerah Televisyen Asia Ke-29 – ‘Jelas Betul Sebutan Dia’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular