[VIDEO] Pernah Lalui Fasa Kejahilan, Anak Ahmad Dhani Buat Ibu Terkejut Dengan Pertanyaan – ‘Saya Pernah Tanya, Buat Apa Sembah Allah?’

Shopee Sale


Anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani bersama bekas isteri, Maia Estianty iaitu Dul Jaelani mendedahkan dia pernah mempersoalkan mengapa perlu untuk menyembah Tuhan sewaktu dirinya berada di fasa kejahilan satu ketika dulu.

‘Buat apa sembah Tuhan?’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Mananta Network (@danielmanantanetwork)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Dul atau nama sebenarnya Abdul Qodir Jaelani mendedahkan perkara tersebut ketika dirinya menjadi tetamu untuk sesi podcast bersama pelakon dan pengacara Indonesia, Daniel Mananta.

Menurut Dul, persoalannya itu mula timbul selepas ibu bapanya bercerai pada tahun 2013.

Aku sampaikan pernah bertanya kepada Bunda (Maia), ‘Kenapa aku perlu sembah Allah, aku tak kenal Allah. Di mana Allah?’.

Sampai begitu sekali aku tanya kepada Bunda.

Saya bertanya soalan itu sebelum saya terlibat dengan kemalangan dan selepas kedua ibu bapa saya bercerai pada 2013.

Tambah anak lelaki bongsu kepada Ahmad Dhani itu lagi, dia merasakan ketika itu nilai agama masih belum masuk ke dalam rohani dirinya sekaligus membuatkanna bertanyakan perkara sebegitu rupa kepada ibunya.

Ayah aku merupakan seorang yang sangat kuat pada agamanya bahkan aku pernah nampak dia berjumpa dengan orang kuat agama di Indonesia.

Saya pula percaya bahawa agama ini akan masuk ke dalam diri seseorang itu melalui dua cara iaitu budaya dan juga rohani.

Dan pada ketika itu, saya rasakan bahawa Islam ini masih belum dapat masuk ke rohani saya.

Tapi Alhamdulillah, boleh dikatakan sekarang ini saya sudah mula dekat dengan agama. Tetapi untuk katakan saya ini kuat agama tidaklah, sombong pula kalau macam itu kan?

Video penuh

MENARIK:  [VIDEO] ‘Masa Usia 20-an Saya Dah Bersedia Nak Jadi Ibu Tapi Masa Tu Jodoh Saya Sampai Lambat’ – Ainul Aishah

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular