[VIDEO] Pesakit Nak Gugur Kandungan, Rupanya Doktor Keluarkan Daging Ibu Bukan Baby – ‘Dia Godek Hidup-Hidup, Tak Ada Bius’

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi pengalamannya ketika merawat seorang pesakit wanita yang mengalami kehamilan luar rahim.

‘Doktor tu godek saya hidup-hidup’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian tersebut, wanita terbabit bercerita kembali kepada Dr Apis bahawa sebelum ini, dia pernah pergi ke sebuah pusat perubatan lain bagi menggugurkan kandungannya kerana hamil luar nikah.

Apabila ditanya bagaimana prosedur pengguguran itu berlaku, pesakit ini memberitahu bahawa sepanjang proses itu, doktor yang terlibat langsung tidak memberikannya ubat bius.

Doktor tu godek saya hidup-hidup, tak ada bius. Gunting, kikis sampai keluar banyak daging saya. Sampai nak pengsan.

Selepas daripada prosedur tersebut, dia mengakui mengalami sakit pada bahagian perut sehingga membuatkan dia nekad untuk membuat pemeriksaan kesihatan bersama Dr Apis.

Tetapi lebih mengejutkan apabila Dr Apis membuat imbasan ultrasound, menunjukkan pesakit tersebut masih dalam keadaan hamil. Rupa-rupanya, pesakit ini sebenarnya hamil luar rahim dan ternyata doktor sebelum ini telah mengeluarkan daging si ibu bukannya bayi.

Tapi baby ada lagi ni, dia keluarkan daging apa. Dia keluarkan bukan daging baby tapi daging ibunya.

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata para ibu turut berkongsi pengalaman mereka apabila pernah melalui kehamilan luar rahim. Tidak kurang juga, ada yang menitipkan doa agar urusan wanita tersebut dipermudahkan.

MENARIK:  Permulaan Mencintai Diri Sendiri - Amelia Christie

Video

" data-video-id="7449631978950790418">
@drapisdorsataBased on true story ECTOPIC PREGNANCY? Sumpah Bunian – Qairi Ibrahim

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular