Di TikTok, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mencuri perhatian apabila memuat naik video anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra yang kini sudah meningkat remaja.
Ada aura ‘businesswoman’
Menerusi perkongsian tersebut, Shahida berkongsi beberapa momen sepanjang mereka menghadiri majlis Hi Tea With Anthon’s Leather yang diadakan di One World Hotel, baru-baru ini.
Hantaran itu dimuat naik susulan komen daripada netizen yang menganggap Qadejah mempunyai aura persis seperti seorang ahli perniagaan berjaya meskipun baru berusia belasan tahun.
Kakak (Qadejah) ada aura-aura ‘businesswoman’.
Shahida titip pesan
Di ruangan kapsyen, Shahida memaklumkan bahawa perjalanan anak perempuannya itu di dunia ini masih lagi panjang memandangkan banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi.
Jauh lagi perjalanan Qadejah dan banyak lagi dugaan dan cabaran yang dia perlu tempuhi.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji kecantikan dan kematangan yang ada pada Qadejah.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran Shahida telah meraih lebih 2,000,000 tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.