[VIDEO] Radhi OAG Enggan Bayar RM300,000, Anggap Rasuah Bekas Isteri – ‘Saya Juga Ingin Bersuara’

Shopee Sale


Radhi OAG

Anggota kumpulan OAG, Radhi menyifatkan tuntutan wang yang dikemukakan oleh bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu Zahairi seperti rasuah demi menyelesaikan kes mahkamah.

Mahu terus dibicara

Radhi OAG

Ketika ditemui , Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, tidak pernah bersetuju untuk memberikan sejumlah wang tersebut kepada isterinya.

Justeru itu, dia mahu meneruskan kes tersebut demi keadilan buat dirinya.

Saya bukannya apa, tapi dia minta pampasan. Bila dia dapat pampasan itu, di akhirnya kesan dia kepada saya.

Orang anggap seperti rasuah. Ye lah, saya bayar dia untuk dia menarik semula kes ini. Nak ikutkan nak tarik kes tidak perlu paksaan.

Jadi saya taknak ke arah itu, saya teruskan sahaja kes tersebut dan saya juga dapat bersuara.

Penjelasan peguam

Radhi OAG

Sementara itu, peguam kepada Radhi iaitu Haziq Aizuddin Bin Dato’ Subhi, 33, mendakwa Nur Shahira seolah-olah ingin mengambil kesempatan terhadap kes berkenaan selepas meminta sejumlah wang.

Buat masa ini kami tidak mahu ulas apa-apa, yang kami boleh beritahu, perbicaraan ini mungkin akan ambil masa yang panjang.

Selagi mana kes ini belum selesai, anak guam saya belum terbukti bersalah.

Semasa prosiding yang saya boleh ulas, kita dapat apa yang pihak kami mahukan, wujud motif tertentu dilakukan bekas isteri yang menunjukkan perkara ini dilakukan.

Semasa sesi tersebut, dia ada meminta tawaran balas bagi jumlah yang dituntut bekas isteri sebelum ini, tetapi kita tidak bersetuju sebab ini macam ambil kesempatan.

Pada Julai tahun lalu, Nur Shahira mengesahkan bahawa dia belum menarik semula laporan polis berhubung kes berkenaan berikutan terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Jual Konten Anak-Anak..’ – Bella Astillah Nafi Jaja Kisah Sedih Di Media Sosial Untuk Raih Simpati

Sebelum itu, pada prosiding kes 21 Jun tahun lalu, bagi menyelesaikan kes diluar mahkamah Nur Shahira telah meminta bekas suaminya untuk membayar sebanyak RM300,000.

Terdahulu, pelantun lagu Generasiku itu didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isterinya pada 19 April 2023 kira-kira pada jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Radhi kemudian mengaku tidak bersalah di atas pertudahan tersebut.

Untuk info, Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua oranag anak iaitu Nur Aisyah,8, dan Muhammad,7.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular