[VIDEO] Rakan Kerja Bakal Jadi Menantu – ‘Jodoh Itu Rahsia Allah’

Shopee Sale


Satu kisah unik buat dua rakan sekerja apabila status mereka bakal berubah menjadi bakal menantu dan mentua.

‘Kawanku, menantuku’

" data-video-id="7456417841001057544">
@beiydaazahar Kawanku.. bakal menantuku… jodoh itu rahsia Allah..one step closer..@bell4 ? original sound – officialnohsalleh

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Abidawati Ahmad memuat naik gambar dirinya bersama rakan sekerjanya sewaktu bekerja di sebuah restoran makanan segera.

Apa yang mencuri perhatian ialah, Abidawati memaklumkan rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Bella bakal menjadi menantunya tidak lama lagi di ruangan kapsyen.

Kawanku, bakal menantuku.

Jodoh itu rahsia Allah, one step closer.

Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih lebih 180,000 tontonan dan lebih 9,500 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada Abidawati yang bakal menerima menantu tidak lama lagi.

Sementara itu, Abidawati sempat memaklumkan bahawa dirinya dan Bella sudah tidak lagi bekerja di restoran makanan segera berkenaan.

MENARIK:  [VIDEO] Gaji Kalah CEO! Zukie Pernah Raih Pendapatan RM90k Sebulan – ‘Benda Tu Tak Surprise Pun, Sebab Ada Yang Dapat Sampai RM200k’

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular