Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming mendedahkan dirinya banyak menerima hantaran mesej daripada wanita-wanita yang mahu menjadi peneman hidupnya.
Khairul Aming ada soalan
Menerusi akaun TikTok @khairulamingfans_, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang menyatakan kesudian tersebut kepadanya.
Namun begitu, Khairul bertanyakan adakah mereka yang mahu menjadi peneman hidupnya itu bersedia untuk menjadi perhatian wargamaya di media sosial.
Saya dapat banyak sangat lamaran (untuk berkahwin). Kadang-kadang bila buka ‘inbox’, ‘Salam Khairul sudi ke untuk berkenalan? Saya sedia nak jadi peneman hidup’.
Terima kasih sangat atas mesej itu dan saya sangat hargainya tapi itulah bila saya buka ‘profile’ mereka, tuan badan itu pula ‘private’.
Jadi saya ada satu soalan, ‘Adakah anda bersedia untuk menjadi perhatian dan dikenali orang ramai?’
Katalah korang kahwin dengan saya, adakah korang bersedia? Sebab seluruh orang di media sosial akan ‘judge’. Sedangkan saya yang buat ‘live’ ini pun akan ada yang ‘judge’ fasal muka dan sebagainya.
Jadi, saya tak rasa kebanyakkan orang akan bersedia dengan soalan pertama saya itu. Dunia ini kasar sebenarnya, sebab itu akan ada yang ‘judge’ kita atas bawah.
Tak ada privasi
Tambah Khairul, seseorang itu juga perlu bersikap terbuka dengan kebarangkalian tiadanya privasi sesama mereka selepas bergelar isteri kepadanya satu hari nanti.
Yang kedua adalah tiadanya privasi diri. Contohlah kalau pergi makan atau pun bercuti, tak ada privasi.
Banyak perkara tak boleh dibuat secara tenang, nak duduk lepak tepi pantai susah, nak ‘candle light dinner’ pun kena kacau.
Mungkin orang tak nampak perkara ini tetapi itu adalah realitinya.
Tapi kalau anda selesa dengan dua perkara itu, ‘I wish you all the best’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Khairul kerana memberikan jawapan jujur dan realistik mengenai realiti kehidupan yang bakal dihadapi pasangan hidupnya.
Mereka juga mendoakan agar Khairul dipertemukan jodoh yang bersesuaian dengannya.