[VIDEO] Randy Pangalila Dedah Pernah Dikejar Pemungut Hutang, Tak Ada ‘Job’ Sampai Tak Boleh Bayar Rumah

Shopee Sale


Pelakon Indonesia, Randy Pangalila mendedahkan disebalik kehidupan glamornya sebagai seorang selebriti, dia pernah melalui titik terendah dalam hidup sekitar tahun 2019 yang lalu.

Pernah dikejar pemungut hutang

Menerusi sesi podcast bersama Solusi TV, pemilik nama Randy Dionisius Pangalila ini berkata, dia pernah dikejar pemungut hutang kerana gagal membayar pinjaman yang dibuatnya di bank.

Menurut pelakon ‘Nada Cinta’ ini, kejadian tersebut berlaku kerana dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon pada ketika itu.

Saya dikejar pemungut hutang kerana tidak membayar pinjama rumah saya.

Ketika itu saya tiada di rumah, mereka datang ke rumah dan marah-marah isteri saya membuatkan isteri saya terkejut.

Waktu itu saya tiada di rumah kerana menjalani sesi penggambaran. Tapi, sebelum kejadian saya tidak mampu bayar hutang kerana tidak mempunyai tawaran berlakon.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi berusia 33 tahun ini mengakui bahawa kehidupannya sebagai seorang selebriti hanya gah di mata netizen namun, di sebaliknya penuh dengan liku-liku kehidupan.

Selepas mereka (pemungut hutang) datang, saya terus bertemu dengan orang bank untuk selesaikan dengan cara baik.

Saya maklumkan pada mereka bahawa kehidupan sebagai seorang artis dan selebriti itu tidaklah begitu gah melainkan jika ada projek dan tawaran lakonan.

Jika tiada tawaran, maka tiadalah gaji.

Video penuh

MENARIK:  Awie Tak Putus Asa ‘Rebel’ Kena Banding Dengan Filem Bajet Besar – ‘Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Terus Berkarya’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular