Dalam diam, pelakon dan penyanyi Ratu Balqis selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati pada 24 Jun lalu.
Bernikah di Pahang
Ketika dihubungi , Balqis bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci kerana menghormati permintaan suami yang tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut.
Bekas peserta program Mentor Milenia 2017 ini berkata, dia bersyukur majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kuantan, Pahang berjalan dengan lancar.
Terdahulu, sepotong video memperlihatkan Balqis sedang ditata rias oleh seorang jurusolek tular di TikTok.
Menerusi perkongsian tersebut, Balqis dilihat anggun dalam persalinan serba putih.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Balqis.
Imbas kembali, Balqis pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hakimi Ikmal pada November 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Hamka Iman yang kini berusia 6 tahun.