[VIDEO] Reaksi Ameena Jumpa Adik – ‘Tak Tahu Apa Yang Dia Fikir’

Shopee Sale


Umum mengetahui, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal, baru-baru ini.

Terbaru, Fizi Ali berkongsi sebuah video mengenai reaksi Ameena tatkala melihat adiknya yang baru lahir itu.

Reaksi Ameena

Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Ameena kelihatan sangat teruja untuk berjumpa dengan adiknya yang baru lahir. Ameena dilihat mencium dan meriba adiknya di atas katil.

Reaksi Ameena pertama kali jumpa adik dia. Tak tahu apa yang dia fikir. Lama dia pegang adik, cium lepas itu termenung. Alhamdulillah, Ameena awak jadi kakak dah sekarang. Lepas itu Ameena cakap tak nak kita panggil dia kakak. Ameena suruh panggil dia kakak manja. Bedal la Ameena.

Terdahulu, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali, 35, meluahkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya berada dalam keadaan yang sihat.

Syukur alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga.

Yeah, mama (Siti Zulaiikha) dah selamat lahirkan baby girl (perempuan). Kuat mama tadi, hampir 6 jam bertarung untuk bersalin normal.

Jadi sekarang bertambah lah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy (Fizi).

Imbas kembali, Fizi dan Siti Zulaiikha mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu.

MENARIK:  ‘Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?’ – Bella Astillah

Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular