[VIDEO] Remaja Ziarah Pusara Arwah Bapa Sebelum Duduki Ujian – ‘Semua Orang Dapat Peluk & Doa Dari Ayah Mereka Tetapi Saya..’

Shopee Sale


Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang remaja lelaki melawat pusara arwah bapanya.

Ziarah pusara bapa

" data-video-id="7449590559095966984" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@jue497

hari nie spm si abg ujian bertutur BI..dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jwp soalan..die cakap semua org sebelum jwp peksa dpt pelok n doa dari ayah die org tapi abg ?.. al fatihah buat muhamad rasidi bin puteh muga syurga buat kamu #fyp #urutantradisionalmelayu #juejarijemari #kluangjohor #CapCut

? Ayah – Laoneis

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya Jue, kelihatan remaja tersebut berdoa dan menyiram air di kubur arwah bapanya.

Menurut Jue, anak lelakinya itu menziarahi pusara arwah suami sebelum menjalani peperiksaan.

Hari ini (Rabu) si abang ada ujian bertutur Bahasa Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jawab soalan.

Katanya, ‘semua orang sebelum jawab peperiksaan dapat peluk dan doa dari ayah mereka, tetapi abang..’

Al-Fatihah buat Muhammad Rasidi Bin Puteh, semoga syurga buat mu.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat remaja tersebut dan mendoakan agar dia cemerlang di dalam peperiksaannya.

MENARIK:  Da’i Syed Mahu Taja Tiket Penerbangan Secara Percuma Kepada Pelajar Mesir Yang Nak Pulang Ke Malaysia

Dalam masa yang sama, mereka juga memberi kata-kata semangat buatnya agar dapat menempuh ujian kehilangan orang yang tersayang.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular