Dramatis popular, Rozita Che Wan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-51 pada 9 Mac lalu.
Utamakan kesihatan
Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkongsi sepotong video di TikTok memperlihatkan dia meraikan hari ulang tahun kelahirannya dengan memegang sebiji kek dan berlatar belakangkan balon yang berwarna-warni.
Menerusi ruang kapsyen, Che Ta berkata di usianya yang ke-51 dia sudah tidak memikirkan tentang penampilan, sebaliknya hanya mahu kesihatannya terjaga dan berada dalam keadaan baik.
Aduh, bila usia begini kesihatan yang penting. Nampak tua ke muda ke dah tak penting bagi kami (saya).
Apa yang saya nak, sihat tubuh badan dan sentiasa bersama orang-orang yang tersayang. Betul tak hampa (anda semua)?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kepada Che Ta dan mendoakan kesejahteraan buatnya.
Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan wajah dramatis itu tidak kelihatan seperti orang yang sudah berusia 51 tahun dan memuji masih kelihatan cantik.