[VIDEO] Ruhainies Respon Tak Logik, Jawab Soalan Diri Sendiri Di IG Stories – ‘Saya Ada Dua Hingga Tiga Juta Viewers Setiap Hari’

Shopee Sale


Tindakan pelakon Ruhainies rajin membalas soalan-soalan di Instagram Stories telah membuatkan netizen menganggap dirinya ‘syok sendiri.’

Tak logik!

Ketika ditemui , Ruhainies menafikan dia sendiri yang membalas soalan di ‘Ask Me Question.’

Kata Ruhainies, 32, dakwaan itu tidak logik memandangkan satu hantaran sahaja di akaun Instagram boleh mencecah dua hingga tiga juta yang menonton.

Satu Malaysia tahu benda ini viral, saya ada dua hingga tiga juta yang tengok IG setiap hari.. jadi tiada keperluan untuk saya berbalas dengan diri sendiri.

Dalam tiga juta, takkan tak ada seorang pun yang positif. Mungkin korang semua nampak komen negatif di media sosial lain, tapi yang penyokong dalam diam lagi ramai.

Semua orang mempunyai pendapat berbeza, tapi kita tak boleh nak samakan semua.

Ruhainies berkata demikian ketika Rumah Terbuka Fizi Woo yang diadakan di Setiawangsa, pada Isnin.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tawaran berlakon, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bersyukur kerana sama sekali tidak terjejas.

Kata adik kepada pelakon Risteena Munim ini, dia menerima banyak tawaran daripada negara seberang.

Apa yang boleh saya katakan benda yang jadi ini semuanya ada hikmah. Tipulah kalau tak terkesan, ada kelebihan juga bila jadi benda ini… Allah dah susunkan, setiap ujian pasti ada hikmah.

Saya dapat banyak tawaran baru dari negara seberang. Saya tak boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan. Cerita ini bukan setakat viral di Malaysia, tapi sampai ke luar negara juga, ke China pun.

Saya doakan kontroversi ini tidak akan jejaskan karier seni saya, harap-harap la.

Video

MENARIK:  ‘Tengoklah Drama Ini, Penat Kami Bekerja’ – Ummi Nazeera Harap Netizen Tak Boikot Drama Dengan Aliff Aziz
" data-video-id="7366055205797973255">
@official Replying to @Zuhairi Zabidi Banyaknya view Ainies ??# #fyp #news #ruhainies ? Ernie Zakri Masing Masing Speed Up – Ernie Zakri Vocals

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular