Kisah perkahwinan pelakon dan usahawan Kiah Propa, yang kembali bergelar isteri kepada bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail baru-baru ini telah menyentuh perasaan ramai.
Hargai isteri
sebak min dengar perkongsian pasangan ini ? #fyp #whitv3 #rumahtangga #suamiistri
? Anugerah Terindah – Andmesh
Menerusi program Wanita Hari Ini, Kiah dan Nazri telah dijemput sebagai tetamu untuk berkongsi tentang kisah mereka.
Dalam masa yang sama, Nazri meluahkan rasa syukur kerana meskipun diuji dengan penyakit kronik namun Allah SWT telah mengurniakan semula isterinya.
Alhamdulillah, saya bersyukur pada tuhan saya dapat sakit kanser. Kalau tak ada penyakit kanser, dia tak akan terima saya.
Semua kuasa Allah, Dia sudah merencanakan dan ianya sudah tertulis, saya berkahwin semula dengan bekas isteri. Saya sangat bersyukur.
Nazri kemudian mengucapkan terima kasih kepada Kiah kerana sudi menerima cintanya kembali lalu mengucup tangan isteri tercintanya itu.
Terima kasih banyak-banyak awak terima saya. Saya akan jaga awak seperti sebelum ini dan kalau tidak saya tetap akan mencuba sedaya upaya.
Tersentuh mendengar kisah pasangan tersebut, pengacara rancangan itu Fiza Sabjahan dilihat tidak mampu menahan air mata.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh melihat pasangan itu dan mengagumi pengorbanan yang mereka lakukan terhadap satu sama lain.
Tersenyum saya bila tengok Kiah dengan suaminya yang romantik dan saling menerima kekurangan diri.
Bergenang air mata, di sebalik mulut lantang Kiah ada secebis hati yang penuh keindahan.
Bukan senang nak cari pasangan yang sanggup jaga pasangan sakit. Mental fizikal kena betul-betul kuat.
Terdahulu, pada 18 November lalu Kiah kembali bergelar isteri kepada Nazri. Hati Kiah terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.