[VIDEO] ‘Saya Lembut Hati & Sangat Mudah Memaafkan, Tapi Saya Elak Untuk Bersua Muka’ – Adira Suhaimi

Shopee Sale


adira

Penyanyi Adira Suhaimi berkongsi tentang personaliti dirinya yang tidak diketahui ramai.

‘Easy going’ & kelakar

adira

Menerusi temu bual bersama Lova Cosmetics HQ, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi mendedahkan dia seorang yang easy going dan pemaaf namun memilih untuk tidak bertemu dengan mana-mana individu yang pernah menyakitinya.

Saya seorang yang sangat ‘easy going’, sangat lembut hati dan saya sangat mudah memaafkan tapi untuk bersua muka insya-Allah tidak.

Elakkan untuk bersua muka untuk menjaga silaturrahim sebenarnya, bukan sebab benci.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun ini berkata dia memiliki sikap yang lucu dan suka ketawa.

Apa sahaja saya boleh, campaklah saya dalam hutan saya boleh hidup insya-Allah dan saya suka buat lawak.

Saya pun suka sangat orang buat lawak, saya suka gelak.

Sementara itu, Adira turut menyatakan bahawa persoalitinya di dalam dan luar kamera adalah sama.

Sama, tapi kadang-kadang kita sorok yang teruk.

Dalam perkembangan lain, Adira nekad mahu bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Bagaimanapun proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung pada 5 Mac lalu gagal dan proses hakam akan berlangsung pada 24 April depan.

Terdahulu, pada 25 Oktober Adira memfailan perceraian kali kedua terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

MENARIK:  UAI Jelaskan Wanita Dalam Haid Disuruh Datang Ke Masjid Pada Pagi Raya – ‘Duduk Luar Masjid, Dapatkan Keberkatan Takbir & Khutbah’

Untuk rekod, Adira bernikah dengan ahli perniagaan itu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayub, dua tahun.

" data-video-id="7347621031361711378" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@lovaacosmetics.hq

Soalan tentang Adira Part 1??#sakakeninglovaa #adirasuhaimi #lovaacosmeticshq #fyp #fyp? #xyzbca #masukberanda

? original sound – Lovaa Cosmetics HQ – Lovaa Cosmetics HQ

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular