[VIDEO] ‘Saya Sanggup Hilang Gaji Berpuluh Ribu, Janji Keluarga Selamat & Tak Perlu Hidup Dalam Ketakutan’ – Faisal Halim

Shopee Sale


Foto: Harian Metro

Selepas kira-kira sebulan kejadian disimbah asid, pemain bola sepak kebangsaan membuat kemunculan pertamanya di sidang media hari ini.

Faisal sebak

Menerusi sidang media yang diadakan, Faisal atau nama lengkapnya Faisal Abdul Halim dilihat tidak dapat menahan air mata apabila menceritakan tentang tragedi tersebut.

Dalam keadanan sebak, Faizal yang kelihatan trauma dengan insiden berkenaan berkata, wang ringgit bukan lagi keutamaan baginya tetapi keselamatan diri dan keluarga adalah perkara paling.

Saya cakap kepada keluarga saya, saya tak kisah hilang gaji saya berpuluh ribu.

Saya nak balik ke kampung hidup tenang dan sanggup bekerja walaupun gaji RM50, RM100 sehari, janji keluarga saya selamat. Saya tak perlu hidup dalam ketakutan.

Dalam masa yang sama, Faisal menyatakan dia masih bersemangat untuk meneruskan kerjayanya sebagai pemain bola sepak serta tidak sabar untuk kembali beraksi.

Sekadar info, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Untuk rekod, kejadian khianat menimpa pemain bola sepak ini bermula apabila pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah disamun dan dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu.

MENARIK:  Berpakaian dengan Sopan: Pandangan Trisha Ooi Tentang Batasan dan Keterlaluan

Terbaharu, pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran apabila kereta miliknya diserang oleh dua individu dengan menggunakan tukul besi berhampiran Pusat Latihan JDT.

 

View this post on Instagram

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular