[VIDEO] Sazzy Falak Percaya Pada Nazril, Tak Pernah ‘Check’ Telefon – ‘Tak Ada Apa Yang Hendak Disorokkan’

Shopee Sale


sazzy

Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak berkongsi tentang perhubungannya dengan suami Nazril Idrus sepanjang 18 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Percaya kepada satu sama lain

" data-video-id="7369534982663965953" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@nona.my

??????? ????? ???????????, ????? ??? ?????? ‘?????’ ????? ?????! 18 tahun melayari bahtera perkahwinan, NONA mengagumi bagaimana hos dan usahawan, Sazzy Falak dan suami cipta kebahagiaan sendiri, apatah lagi saling mempercayai dan hormati privasi menjadi kunci utama dalam berumahtangga. Kini ibu kepada dua orang cahaya mata perempuan, Sazzy Falak turut berkongsi bagaimana anak² daranya yang dilihat semakin membesar dan aktif dalam sukan. #majalahnona #sazzyfalak

? original sound – NONA – NONA

Menerusi temu bual bersama majalah Nona, Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak berkata keserasian antara dia dan suami adalah disebabkan mereka mempunyai minat yang sama.

Suami saya sangat membantu, kami pun bekerjasama. Kami juga banyak kongsi minat yang sama. Contohnya saya suka sukan, dia pun suka sukan. Kalau pergi bercuti kami akan pergi surfing, anak-anak perempuan saya pun begitu juga.

Saya rasa keserasian itu sebab kami ada minat yang sama walaupun industri kami berbeza..dia kewangan saya pula hiburan. Tapi dulu dia pun pernah berada di dalam dunia hiburan.

Kami buat banyak perkara bersama. Bergaduh itu ada, itu normal. Kalau tak gaduh maksudnya tak sayang.

Ketika disoal tentang privasi pasangan, aktres berusia 43 tahun ini mengakui dia dan suami percaya satu sama lain dan tiada larangan untuk mengakses telefon bimbit masing-masing.

Dia selalu minta saya semak sesuatu di telefon bimbitnya. Disebabkan dia malas nak fikir password lain jadi dia guna password yang sama dengan saya.

Saya tak pernah nak check telefon dia sebab dia selalu minta tolong saya untuk tengokkan sesuatu di telefon bimbitnya. Dia percayakan saya. Walaupun telefon saya juga ada padanya, saya pun okay sahaja. Tak ada apa-apa yang hendak disorokkan.

Kami memilih untuk berbuat begitu sebab kami tetap setia.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak ini mendedahkan bahawa dia mempunyai personaliti yang tegas berbanding suaminya dalam mendidik anak-anak.

Mereka sangat aktif di sekolah. Semua benda mereka nak buat, ada yang main hoki, ragbi, bola tampar dan ada yang main sampai peringat zon.

Remaja zaman sekarang ni lain. Jadi antara saya dengan suami, saya yang tegas.

Untuk info, Sazzy mendirikan rumah tangga bersama Nazril pada tahun 2006 dan dikurniakan dua orang anak perempuan kembar iaitu Iman Lily dan Tiara Rose yang kini berusia 13 tahun.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Tak Follow Sesiapa Di Media Sosial, Bukan Sombong Cuma Untuk Selamatkan Hati’ – Zara Zya

Pasangan itu kemudian mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Idris sekitar tahun 2020.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular