[VIDEO] ‘Sebelum Bernikah Saya Berdoa Mahu Mencari Suami Yang Boleh Bawa Ke Syurga Tertinggi’ – Ezlynn

Shopee Sale


Penyanyi Ezlynn memberikan pandangannya tentang hidup bermadu meskipun tidak semua wanita dapat menerima.

Manusia diuji

" data-video-id="7405520670437707028" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@mingguanwanita

Ezlynn sentiasa berdoa mahu syurga tertinggi dari Allah SWT. Tidak seperti wanita lain, Ezlynn begitu lamtang dan berkongsi keindahan berpoligami. Apatah lagi suaminya merupakan seorang yang baik dan bijak dalam berpoligami. #mwambiltahu #mingguanwanita #poligami #fyp

? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mengakui pada awalnya dia berasa sedih apabila suami menyatakan hasrat untuk menambah isteri.

Sebelum ada madu, sudah semestinya saya rasa saya dah melayan dengan baik, ada rasa sedih dan hancur sebab saya adalah wanita.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 42 tahun itu berubah fikiran setelah dia percaya bahawa itu adalah ujian dan nikmat yang Allah SWT berikan untuk mendapat balasan yang baik.

Tetapi saya fikir kenapa Allah lalukan saya jalan ini? Adakah setiap doa saya, ‘Ya Allah, saya mahu masuk ke syurguMu yang tertinggi.’

Sebelum saya bernikah dengannya, saya doa, ‘aku nak cari suami yang boleh bawa ke syurga tertinggiMu Ya Allah.’

Setiap ujian yang datang Alhamdulillah dan Allah nak beri ‘hadiah’ ini. Saya selalu berfikir begitu.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Hi Hi Bye Bye itu memahami tidak semua wanita boleh menerima poligami.

Oleh itu, Ezlynn berkata komunikasi bersama pasangan adalah penting sebelum membuat keputusan untuk menjalani hidup bermadu.

Bagi saya tak semua wanita boleh pilih poligami, tengok tahap mental masing-masing.

Kalau memang kuat dan Allah jadikan awak untuk berpoligami, Allah akan uji orang yang boleh diuji.

Kalau boleh cakap boleh, kalau tak, beritahu suami sebab akan takut keluar daripada agama. Itu yang perlu dipentingkan.

Jika suami pandai jaga hati, pandai pujuk dan menjalankan tugas dengan betul dan membuatkan awak akan rasa seronoklah poligami ini.

Untuk rekod, Ezlynn berkahwin dengan Wan Mohd. Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.

MENARIK:  Muka Kacak Juga Boleh Dibelasah - Apa Sebabnya?

Ezlynn kemudian mendedahkan suaminya telah berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac 2023.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular