[VIDEO] ‘Sejujurnya Saya Tak Pernah Kejar Populariti, Malah Saya Kurang Senang Apabila Dikenali Ramai Dahulu’ – Nazrey Johani

Shopee Sale


nazrey 86

Bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani kini memilih untuk melakukan dakwah dan penampilannya di media juga sudah jarang dilihat.

Perkongsian Nazrey

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nazrey berkongsi serba sedikit tentang perkembangan terbaharunya yang banyak melibatkan diri dengan aktiviti dakwah.

Berdakwahlah, maksudnya mengangkat marbat Islam, hiburan Islam itu kan dakwah.

Berapa ramai orang yang sanggup jaga Facebook, TikTok mereka sebab nak jaga followers. Memang saya malas nak jaga semua itu, sebab jiwa saya bukan takut peminat lari, takut tak popular, nak tambah pengikut..tidak ada dalam diri saya.

Dalam pada itu, Nazrey berkata dia mengambil contoh sikap Rasulullah SAW yang sentiasa berkelakuan baik ketika melaksanakan sesuatu kerja.

Bila saya recording, kelihatan macam saya suka sangat kan bidang itu..sebab saya kena profesional. Kita kerja mesti kena ikhlas juga, kena buat yang terbaik. Kita kena lahirkan benda yang baik.

Kalau kita depan TV sebagai orang Islam, sebagai pendakwah…kena ingat Rasulullah tak pernah buat muka monyok, muka sombong atau penat depan orang Islam atau orang bukan Islam. Itu maksudnya ilmu.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sesungguhnya itu berkata dia sama sekali tidak pernah mengejar dunia glamor.

Alhamdulilah syukur, inilah jalan yang saya pilih. Sejujurnya saya tidak pernah mengejar populariti malah saya kurang senang apabila dikenali ramai suatu ketika dahulu.

Bekas penyanyi nasyid berusia 52 tahun ini juga menzahirkan penghargaan kepada setiap individu yang sentiasa menyokong dakwahnya.

Saya harap semua dapat mendoakan saya sihat selalu dan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dakwah saya. Semoga semua yang saya usahakan mendapat keredaan dari Allah SWT.

MENARIK:  Aliff Aziz Minta Ruhainies Tengok Video, Tuduh Media Pusing Cerita – ‘Jangan Tengok Tajuk Wartawan Bodoh’
" data-video-id="7359093731552660744" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@nazreyjohaniofficial

Alhamdulillah Syukur. Inilah jalan yg saya pilih. Sejujurnya saya tidak pernah mengejar populariti malah saya kurang senang apabila dikenali ramai suatu ketika dahulu. Saya harap semua dapat mendoakan saya sihat selalu dan terima kasih kpd semua yg sentiasa menyokong dakwah saya. Semoga semua yg saya usahakan mendapat keredhaan dari Allah SWT???? #nazreyjohani #dakwah #perjuangan #rasullullah #popular #redha #islam #islamicquotes

? original sound – nazreyjohaniofficial – nazreyjohaniofficial

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular