[VIDEO] ‘Sekarang Ramai Penyondol, Takut’ – Bella Astillah

Shopee Sale


bella penyondol.jpg

Sepanjang minggu ini, nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendapat perhatian banyak pihak susulan isu suaminya Aliff Aziz dan aktres Ruhainies yang didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada Sabtu lalu.

Bawa watak penyondol

bella penyondol.jpg

Menerusi perkongsian di TikTok Inayah Beauty Tranding, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkongsi bahawa dia sedang menjayakan watak sebagai perampas di dalam sebuah drama.

Jadi penyondol pula kali ni, selalu disondolkan.

Selalunya penyondol biasa-biasa, ini penyondol luar biasa sebab dia akan sondol abang ipar dia sendiri.

Sekarang ramai penyondol tau..takut.

Bagaimanapun, Bella semalam memaklumkan telah menarik diri dari penggambaran drama berjudul ‘Terjerat’. Difahamkan ia berikutan kontroversi yang melanda suaminya dan juga aktres tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap ibu kepada dua orang anak itu atas ujian yang menimpanya.

Tak sempat nak berlakon habis jadi penyondol..kerana realiti sentiasa disondolkan.

Cantik la Bella ni.. kenapa lah lakinya macam…malas nak cakap sakit saja hati. Bella, awak wanita dan ibu yang kuat.

Kesian Bella cakap, ‘selalu disondolkan’.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Dalam perkembangan terbaru kes tersebut, Ruhainies menerangkan bahawa dia dan selebriti berasal daripada Singapura itu sudah lama berkawan dan sedang menjalani penggambaran drama bersama.

MENARIK:  ‘Adik Beradik Semua Beraya Di Rumah Mentua’ – Uyaina Arshad Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Keluarga Kecil

Ruhainies juga memaklumkan bakal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut apabila tiba masa yang sesuai. Aktres berusia 32 tahun itu turut menekankan bahawa terdapat beberapa fakta yang salah telah tersebar berkenaan kes berkenaan.

" data-video-id="7345331062282734850" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@inayahbeautytrading

Tak sabar nak tengok bella belakon? #bellaastillah #aliffaziz #fyp #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #bellaastillah #aliffaziz #ruhainies #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #tiktokshop

? Common Geese – DJ BAI

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular