[VIDEO] ‘Semalam Ayah Sempat Pergi Klinik Sebab Kaki Bengkak & Batuk’ – Anak Pyanhabib Rahman

Shopee Sale


Anak sulung kepada pelakon dan penyair terkenal, Allahyarham Pyanhabib Rahman iaitu Najihah, 31, akui reda dengan pemergian bapa tercinta.

Artikel berkaitan: Pyanhabib Meninggal Dunia Seminggu Selepas Sambut Hari Lahir

Terkejut berita pemergian ayah

Najihah memberitahu dia hanya diminta pulang ke rumah bapanya di Keramat, Kuala Lumpur oleh ibunya, Zurina Zakaria tanpa mejelaskan sebab terperinci.

Sebagai anak saya sangat terkejut dan sudah tentu bila dapat tahu ayah sudah meninggal saya menangis. Waktu dapat panggilan telefon saya sedang makan malam di rumah (Negeri Sembilan), saya terus berhenti makan.

Selepas dapat panggilan daripada ibu yang hanya cakap ‘balik’ tanpa memberi penjelasan apa-apa. Jadi, saya terus bergegas ke KL.

Najihah berkata demikian ketika ditemui di Masjid As-Sobirin, Keramat AU4, pada Rabu.

Berkongsi lanjut, Najihah berkata pada pagi Selasa bapanya sempat pergi ke klinik disebabkan mengalami masalah kaki bengkak dan batuk sebelum menghembuskan nafas terakhir pada waktu Isyak.

Siang semalam (Selasa) ibu beritahu dia sempat bawa ayah pergi klinik sebab kaki dia bengkak dan ada batuk sedikit. Perut ayah pun ketika itu sedikit kembung.

Tapi doktor rujuk hospital, cuma minta tengok dulu lagi dua tiga hari macam mana keadaan ayah.

Selepas Maghrib, keadaan ayah dilihat semakin lemah. Dia sempat buat panggilan video dengan saya dan cucunya. Ibu beritahu mata ayah dah tak nampak. Ketika itu memang keadaan dia dah lemah sangat.

Saya tak tahu apa yang terjadi di rumah sebab ada dua orang yang sakit iaitu ayah dan nenek. Tetapi dalam perjalanan pulang ke KL, kawan ayah ada telefon dan beritahu ayah sudah tiada.

Terdahulu, pelakon dan penyair, Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada Selasa malam.

MENARIK:  Ammar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya Tak Kacau Orang & Itu Periuk Nasi Saya’

Berita pemergian seniman itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor iaitu Mohd Najwan Halimi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66 tahun.

" data-video-id="7376849849678925072">
@official Salam takziah diucapkan. Al-Fatihah ?? # #sembangentertainment #anak #sulung #arwah #PyanhabibRahman ? original sound – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular