[VIDEO] Shahz Jazle Timang Cahaya Mata Ketiga Selepas 7 Tahun

Shopee Sale


Pelakon, Shahz Jazle berkongsi berita gembira selepas isterinya, Nur Hanis Husna Mohd Nadzree selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga.

‘Aurora nama diberi’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahz Jaszle (@shahzjaszle)

Berita gembira itu dikongsikan pemilik nama Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin ini menerusi hantaran di Instagram (IG).

Menerusi hantaran tersebut, Shahz berkongsi perjalanan dirinya bersama isteri dari awal tiba di hospital sehinggalah melahirkan cahaya mata perempuan kedua dalam keluarga mereka.

Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku, Aurora

Dapat dilihat pelakon yang popular menerusi filem ‘Azura’ itu setia menemani dan menjaga isteri tercintanya sehingga selesai melahirkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shahz dan isteri atas kelahiran baharu mereka itu.

Sekadar info, Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga mereka pada 1 Mei 2015 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan terbaharu Aurora.

MENARIK:  ‘Tak Perlu Risau, Aliff Sayang Awak Sebab Tu Dia Tinggalkan Kami..Awak Boleh Ambil Dia’ – Bella Astillah

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular