Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya menemplak komen seorang individu yang menuduh suaminya ‘cuci duit’ yang sinonim dengan aktiviti pengubahan wang haram.
‘Penat suami aku spin DJ setiap hari’
Komen tersebut dipercayai ditinggalkan oleh individu terbabit susulan perkongsian Shaniena yang memaparkan momen dia menaiki penerbangan ‘business class’ untuk bercuti di London.
Menerusi penjelasan, Niena menafikan dakwaan suaminya, Choudhry Wasim atau lebih dikenali sebagai DJ Twister terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram seperti yang diperkatakan.
Penat suami aku spin DJ setiap hari, kau boleh kata dia cuci duit. Kalau dia cuci duit, aku tak datang London dua kali ni. Aku datang setiap bulan, aku tak pakai tahu barang ‘fake’, lagi baik pakai original.
Shaniena, suami cari rezeki halal
Dalam pada itu, Niena menegaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya dirinya dikecam dan dikritik namun tidak boleh terima apabila ia berlaku terhadap suaminya.
Sejahil-jahil aku dan suami aku ni, kami masih tahu nak cari rezeki halal dengan haram. Kau nak kata apa dekat aku tak apa, tapi jangan dengan suami aku.
Sementara itu, Niena menyifatkan suaminya itu seorang lelaki yang baik dan tidak pernah lepas dari menjalankan tanggungjawab.
Aku hormat suami aku, dia seorang yang bekerja keras dan dia tak pernah lepas dari tanggungjawab.
Sebelum ini, Niena memaklumkan penerbangan kelas pertama ke London itu merupakan hadiah pemberian suami sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.