Penyanyi Sharifah Zarina memberitahu Athalia Deena bahawa dia menerima sejambak bunga daripada teman lelaki anaknya itu.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sharifah Zarina Yang Nyanyi Sumbang, Anak Kena Serang Dengan Netizen – ‘Benda Tak Ada Kaitan Dengan Aku’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Sharifah Zarina Nyanyi Lagu Dawai Sumbang – ‘Terus Pergi Langit Ketujuh, Shaky & Pancit’
Bunga daripada BF Athalia?
Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina cuba mendapatkan perhatian anaknya seperti mahu membuatnya cemburu.
Hi Athalia. Tengok, tengok. Bunga ni daripada teman lelaki awak kepada saya bukan untuk awak.
Aku dah cakap jangan berani perli mak engkau.
Malah, bunga tersebut turut disertakan dengan sekeping kad ucapan.
Tidak berpuas hati, Athalia bertindak menghubungi kekasihnya dan mempersoalkan bunga yang diberi kepada ibunya.
Kenapa awak bagi bunga dekat mak saya eh? Kenapa tak ada bunga untuk saya? Dah lah bunga awak bagi bunga crochet bukannya murah.