[VIDEO] Shuhada Kesal Hafidz Roshdi Tak Hadir, Syukur Mahkamah Luluskan Tambah Ibu Sebagai Penjaga

Shopee Sale


Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa syukur selepas pihak mahkamah meluluskan permohonannya untuk menambah ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai penjaga kepada dua anaknya, Humairah, 7, dan Umar, 3.

Saya nak ‘fight’

Ketika ditemui , Shuhada bagaimanapun terkilan dengan Hafidz yang gagal untuk menghadirkan diri bagi kes perbicaraan tuntutan hadanah hari ini.

Alhamdulillah saya bersyukur dengan keputusan tersebut tetapi perbicaraan interim hadanah masih belum selesai.

Dah lebih satu tahun saya turun naik mahkmah tapi perkara ini masih belum selesai.

Saya nak ‘fight’ untuk anak-anak dan nak mereka bahagia.

Jadi, saya harap lepas ini dia (Hafidz) bagi kerjasama. Bila kita mudahkan kerja orang lain, Allah akan mudahkan kerja kita.

Sementara itu, Peguam Syarie kepada Shuhada iaitu Syarie Nurfarhana Abd Manaf memaklumkan bahawa sebutan baharu kes ini ditetapkan pada 28 Mei depan.

Hari ini keputusan untuk permohonan anak guam (Shuhada) menambah pihak ibunya sebagai penjaga kepada anak-anaknya.

Mahkamah sudah meluluskan penambahan ibu Shuhada sebagai pihak dalam kes interim dan induk hadanah.

Terdahulu, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz dan Shuhada sebelum ini terpaksa ditangguh selepas pelakon berkenaan menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.

Shuhada kemudiannya memfailkan permohonan untuk menambah ibunya sebagai penjaga bagi interim dan induk hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 31 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

MENARIK:  Kat Roshan & Meer Nash Pukau 2 Juta Penonton Di China, Gigih Belajar Menyanyi Wau Bulan Loghat Kelantan

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023.

Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

Video

" data-video-id="7350492900460924178" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@official

Semoga segala urusan Shu dipermudahkan.. ?# #fyp #nurulshuhada

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular