Rezeki tidak salah alamat adalah ungkapan terbaik untuk diungkapkan pada pelawak, Mamat apabila menerima berita gembira daripada sahabatnya, Shuib.
Belanja pergi umrah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad memberitahu bakal menunaikan umrah bersama sahabatnya, Mamat pada 1 Mac depan.
Ujarnya, hal ini pernah terdetik semasa dirinya berada di Tanah Suci.
Sebelum ini saya ada pergi umrah.
Sepanjang umrah itu, saya terdetik untuk sama-sama ke sini bersama Mamat.
Itulah dia, Allah permudahkan. Rezeki dapat bawak Mamat menunaikan umrah pada bulan puasa.
Menerima berita gembira itu, Mamat tidak dapat menahan sebak sekali gus mendoakan sahabatnya itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Sahabat yang baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi Mamat yang dijemput Allah untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan puasa. Selain itu, warganet turut memuji sikap Shuib sebagai rakan yang baik.