[VIDEO] Shukri Yahaya Berikan Hadiah Bagasi ‘Make Up’ Kepada Jurusolek Sebagai Tanda Terima Kasih Jaga Sepanjang Penggambaran

Shopee Sale


Shukri Yahaya

Sepotong video menyaksikan pelakon, Shukri Yahaya menghadiahkan sebuah bagasi untuk menyimpan barang alat solek kepada seorang jurumekap telah mencuri perhatian wargamaya.

Bagasi make up

Shukri Yahaya

Menerusi perkongsian di TikTok, Shukri dilihat menarik tangan jurusolek yang dikenali sebagai Ferry Karisma ke belakang sebuah kenderaan sebelum memberi kejutan dengan menghadiahkan sebuah bagasi berwarna putih.

Jurusolek tersebut kelihatan terharu dan gembira dengan pemberian hadiah berkenaan lantas memeluk aktor berusia 35 tahun itu sebagai tanda terima kasih.

Difahamkan, Shukri memberikan hadiah tersebut ketika mereka baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Dalam video sama, Shukri atau nama lengkapnya Mohd Shukri Yahaya turut mengucapkan terima kasih kepada jurusolek tersebut yang banyak membantu dan menjaganya sepanjang dua bulan penggambaran.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 26 saat itu telah meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima 8,000 tanda suka.

Video

" data-video-id="7339391984056093954">
@ferrykarisma masa ni last day shooting LayangLayang Perkawinan.Alhamdulillah tq so much syuk di murahkan rezeki selalu???#tiktokmalaysia #makeupartismalaysia #tiktok2024 #tiktokviral #artismalaysia #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #ferrykarisma #makeupbyferrykarisma #fyp??viral #fypage #layanglayangperkahwinan ? The Way I Still Love You – Reynard Silva
MENARIK:  [VIDEO] Eyra Hazali Kecewa Dengan Sikap Segelintir Ibu Bapa Rasa ‘Terpaling’ Bagus Membesarkan Anak-Anak

 

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular