Penyampai radio dan pempengaruh, Hazeman Huzir menekankan kenyataan bahawa ibu bapa bersikap derhaka pada anak-anak itu wujud.
Siapa nak tegur ibu bapa?
Menerusi perkongsian di TikTok, Hazeman atau lebih mesra disapa Haze mempersoalkan ibu bapa yang toksik sehingga melahirkan generasi muda kini yang lemah.
Ujarnya, sering kali mendengar nasihat atau pesanan dari para ilmuwan untuk tidak menderhaka kepada ibu bapa tetapi bagaimana jika sebaliknya.
Waktu kita kecil dulu, ustaz ustazah selalu ajar kita jangan jadi anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa.
Tetapi apabila kita besar, siapa yang nak ajar ibu bapa ini jangan derhaka pada anak.
Konsep ibu bapa derhaka pada anak-anak ini wujud tau.
Dalam pada itu, Haze melihat segelintir anak muda yang memiliki trauma zaman kanak-kanak akan memendam dan membenci ibu bapa sendiri.
Makin aku berjejak tanah, makin aku nampak rakan sebaya, adik-adik yang lagi muda, yang semakin lemah.
Aku sering merendahkan orang yang ada childhood trauma. Anak-anak yang pendam dan membenci ibu bapa mereka. Aku tidak faham sebab tiada di dalam situasi itu.
Walaupun aku tak merasa, bukan maksud toxic parents itu tidak wujud.