Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah menyesal kehilangan zaman remajanya kerana memilih memfokuskan diri untuk menempa nama dalam industri seni.
Fokus jadi penyanyi
Petikan temubual podcast “Apa Cerita” bersama Asyraf Khalid & Ishraq Kamarudin (YouTube) #fyp #sitinurhaliza #arilsm #arilism #sitism @Siti Nurhaliza
? original sound – ?????? – ??????
Menerusi podcast Apa Cerita?, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin mendedahkan dia melalui zaman remaja yang berbeza berikutan tuntutan kerja yang sangat sibuk.
Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Saya tak ada masa nak melepak, nak keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok. Umur 17 tahun terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti.
Pergi disko waktu remaja untuk have fun memang tak pernah dalam hidup saya. Saya tak rasa bosan pun.
Saya tak pernah rasa rugi tak pernah pergi ke sana sebab jadual saya penuh dengan kerja.
Menurut pelantun lagu Dialah Di Hati itu, dia sama sekali tidak merasa menyesal kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat hiburan malah bersyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang banyak memberi nasihat.
Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tak ada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling. Jadi setiap kali bersama mereka, saya sering dinasihati.
Walau bagaimanapun sebagai manusia biasa, Siti pernah berasa penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu, dia tetap cekal menggalas tanggungjawab sebagai anak seni.
Bohong la kalau kata tak ada keadaan di mana saya rasa nak berehat, tapi ini adalah keputusan yang saya pilih dan tanggungjawab. Jadi tak boleh nak merungut.
Pernah dulu saya kena pergi ke Indonesia untuk promosi lagu Aku Cinta Padamu dan saya mengadu dekat mak, ‘penat mak, Siti tak nak’.
Mak kata, ‘kamu pergilah sekejap, selesaikan kerja-kerja tu nanti kamu rehat la.’
Pujukan itu membuatkan saya lakukan juga. Tapi bila tengok sekarang, itulah kesusahan dan pengorbanan yang saya buat dan saya boleh berada di keadaan sekarang.