[VIDEO] Siti Sairah Terharu Melihat Anaknya Sepentas dengan Cakra Khan – Ibu Bangga

Shopee Sale


Penyanyi Siti Nursairah Tarudin meluahkan rasa terharu dan bangga selepas anaknya, Ummi Umaira diberi peluang berduet bersama penyanyi seberang, Cakra Khan menerusi konsert Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 malam Sabtu.

Umai sepentas dengan Cakra Khan

Menerusi perkongsian di Instagram, adik kepada penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu akui terkejut apabila Datuk Ramli M.S memanggil nama Umai (nama panggilan Ummi Umaira) untuk berduet lagu Seluruh Cinta bersama Cakra.

Terkejut juga bila Tok Ram sebut nama Umai untuk nyanyi berduet dengan Cakra Khan. Umai datang sebagai penonton dan peminat abang Cakra Khan. Semua ini secara spontan.

Dalam konsert besar, semua kena ada persediaan. Dan saya pun tidak diberitahu apa-apa. Tapi kejutan yang tidak disangka. Ibu bangga dengan kakak.

Dalam masa yang sama, Siti Sairah akui dia terharu dan bangga dengan pencapaian anak perempuannya itu. Walaupun berlaku secara spontan tetapi Umai dilihat tidak kekok malah tenang apabila berada di atas pentas.

Maaf kakakku, Azlina Abd. Latif jika ada kekurangan dari Umai apabila berduet. Tahniah juga buat konsert 2.0 Cakra Khan di Malaysia.

Sekadar info, A Decade Cakra Khan Live in Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Planeri KLCC pada malam Sabtu dan turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Rossa dan Judika.

MENARIK:  Awie Tak Putus Asa ‘Rebel’ Kena Banding Dengan Filem Bajet Besar – ‘Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Terus Berkarya’

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? | ?????? ??? ??3 (@sitinursairahtarudin)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular