[VIDEO] Suami Fail Cerai Ketika Rossa Tengah Buat Konsert Di Kuala Lumpur

Shopee Sale


Penyanyi Indonesia, Rossa akhirnya membuka mulut tentang perceraiannya dengan pemain dram kumpulan Padi iaitu Yoyo satu ketika dahulu.

Hampir 15 tahun berpisah

Menerusi perkongsian bersama Denny Sumargo, Rossa berkata, dia dimaklumkan bakal diceraikan ketika hendak menjayakan sebuah konsert di Kuala Lumpur. Pada waktu itu dia sedang bersiap-siap di bilik mekap sebelum tampil di pentas memulakan konsertnya.

Sewaktu disolek peguam datang dan memberitahu aduan perceraian sudah sampai ke mahkamah.

Tambah Rossa, pada waktu itu hatinya menjadi sayu lebih-lebih lagi, kena menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti. Ujar Rossa, dia menangis pada masa itu.

Berbicara lebih lanjut, Rossa mengaku dia dan Yoyo sudah tinggal berasingan setahun sebelum perceraian difailkan.

Begitupun, kini hubungan mereka semakin baik selain lebih memberikan fokus terhadap anak tunggal mereka, Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 18 tahun. Rossa dan Yoyo bergelar suami isteri pada 2004, namun ikatan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun.

MENARIK:  Norreen Iman Pesan Jauhi Orang Toksik, Jangan Rasa Diri Lebih Bagus – ‘Nanti Dia Sedar Kenapa Orang Jauhkan Diri’

Video

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular