[VIDEO] Suka Pujuk Isteri Rahsia Rumah Tangga Yusof Haslam Kekal 41 Tahun – ‘Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Masih Sama, Tak Guna Juga’

Shopee Sale


Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berkongsi tips dan rahsianya dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga yang telah dibina lebih daripada empat dekad.

Suami kena pandai pujuk isteri

Ketika ditemui , Yusof mengakui bahawa perselisihan faham dan krisis dalam rumah tangga merupakan lumrah yang dilalui oleh setiap pasangan suami isteri.

Sebenarnya, dalam rumah tangga krisis tu perkara biasa, tiada yangs sentiasa tenang. Jadi sebagai ketua keluarga, suami dan perlu mainkan peranan. Tapi harus dimulakan oleh pihak suami sebab yang biasa merajuk ni adalah perempuan.

Tambah Yusof lagi, suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan penuh kesabaran dan bertolak ansur.

Bagi saya dalam berumah tangga perlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk memujuk adalah penting. Sebagai seorang lelaki, kita jangan anggap pujuk isteri tu tanda kita kalah.

Saya rasa pasangan yang dah berkahwin perlu tolak ansur, tak boleh pentingkan diri. Kalau ada masalah dalam rumah tangga, cari jalan penyelesaian yang terbaik dan perdamaian. Buang ego untuk capai kebahagiaan.

Kalau asyik berkahwin dan bercerai, ia tiada kesudahan.

Yusof berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Don Dukun yang berlangsung di GSC, Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.

‘Perbuatan jauh lebih bermakna’

Menurut bapa kepada pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini lagi, antara rahsia hubungannya dengan isteri berkekalan adalah kerana sifatnya yang suka memujuk.

Ini petua yang diamalkan oleh ibu bapa saya. Arwah bapa saya seorang kaki pujuk. Kalau mereka bergaduh, ayah saya cepat pujuk mak. Itu yang saya amalkan dan Alhamdulillah, rumah tangga saya dah hampir 41 tahun.

Cara saya memujuk adalah dengan kata-kata manis dan bukan dengan bunga. Saya pun tak reti nak bagi bunga atau hadiah melainkan pada hari jadi. Pada saya, kata-kata dan perbuatan itu jauh lebih bermakna. Kalau bagi bunga tapi masalah sama masih berlaku, tak guna juga.

Saya berkongsi ini bukanlah bermakna saya sempurna atau kena jadikan contoh tapi ini nasihat saya sebagai orang tua yang sudah 41 tahun melalui proses perkahwinan.

Sementara itu, Yusof akui terkejut selepas mendapat khabar pelakon Diana Danielle bakal memfailkan perceraian kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.

Sebelum ini, bila mereka kembali rujuk, saya dan isteri tumpang gembira. Itulah yang sebaiknya.

Jadi, saya agak sedih juga bila dapat tahu mereka mahu bercerai. Namun, kita tak tahu apa yang mereka lalui dalam berumah tangga. Kita hanya melihat secara rambang. Allah lebih tahu.

Sekadar info, Yusof merupakan antara pelakon yang membintangi filem seram komedi terbaharu, Don Dukun.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Papa Memang Tak Guna, Anak-Anak Sukan Pun Papa Tak Boleh Nak Tengok..Maafkan Papa’ – Datuk Red

Selain Yusof, filem arahan Wan Hafiz ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy dan Marsha Milan.

Don Dukun bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular