[VIDEO] Syedot Akhirnya Bersemuka Dengan Liana – ‘Suami Minta Kita Berdamai, Tapi Tak Bermakna Saya Gembira Tentang Itu’

Shopee Sale


Susulan isu pendedahan dalam sebuah podcast, YouTuber Syedot ASMR dan pempengaruh Liana Beep Beep akhirnya bersemuka.

Mohon maaf & bersemuka

" data-video-id="7400349409654983952" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@intanese

Syedot berjumpa dan meminta maaf dengan Liana. Semoga dipermudahkan semuanya #syedotasmr #lianabeepbeep

? original sound – Intanese ? – Intanese ?

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, kedua-dua pempengaruh itu bertemu antara satu sama lain dengan tujuan untuk meleraikan persengketaan di antara mereka.

Saya berterima kasih kepada suami Liana sebab mempertemukan kami di sini dan meleraikan keadaan dengan lebih elok tanpa bermasam muka, berpanjangan sehingga bertahun-tahun.

Kalau Liana rasa tak dapat lagi nak maafkan, tak apa beritahu secara personal. Saya akan buat apa benda itu.

Syedot dengan rendah hati mengakui, semuanya berlaku adalah berpunca daripada kekhilafannya sekaligus telah memberi kesan terhadap Liana.

Memang betul saya yang salah, saya yang salah sebab saya yang mulakan dulu. Kalau boleh tak mahu berkelahi dan berpanjangan.

Sebab itu saya berani datang hari ini, awak semua ingat tak takut ke jumpa suami dia dekat depan ni? Tapi kami nak tamatkan isu ini.

Mengambil isu berkenaan sebagai pengajaran, Syedot berharap agar perkara tersebut dapat ditamatkan dan tidak ada mana-mana pihak melaga-lagakan mereka.

Pengajaran kepada saya, kalau nak cakap sesuatu kena fikir ia akan beri kesan atau tidak. Dalam media sosial ia akan beri kesan yang berpanjangan.

Paling penting ‘silent is gold.’ Tak perlu nak berlawan balik.

Kalau boleh, jangan lagakan kami.

Bukan mudah untuk melupakan

Walau bagaimanapun, Liana kelihatan masih lagi beremosi dan marah berikutan isu tersebut telah menjejaskan reputasinya.

Nak buat apa lagi? Awak dah keluarkan kata-kata fitnah dan mencemarkan maruah saya. Apa yang awak boleh buat untuk cover perkara itu? Awak tak boleh buat apa-apa!

Suami saya minta kita berdamai, okay kita berdamai tapi ia tak bermakna saya gembira tentang itu.

Menurut Liana, dia menerima banyak komen dan mesej yang berbaur negatif selepas isu berkenaan tular.

Awak semua rasa saya ‘over’? Nanti saya akan tunjukkan direct message (DM) yang saya terima disebabkan lelaki ini (Syedot).

Kalau awak semua lihat komen dan DM yang sangat kurang ajar, awak semua akan faham mengapa saya masih marah.

Saya bukan nak batu apikan lagi keadaan, kami perlu buat siaran langsung ini untuk sama-sama hentikan isu tersebut.

Terdahulu, Syedot berkata dia pernah menyimpan perasaan terhadap Liana dan seakan memberi bayangan wanita itu adalah jodohnya menerusi sesi podcast bersama Cikidot Channel.

MENARIK:  Siti Khadijah Menawarkan Perkhidmatan Sulaman Nama Percuma Sempena Ulang Tahun Ke-15, Memperkenalkan Koleksi Ramadan Terbaru

YouTuber itu juga berkata mereka sering keluar bersama dan kedua-dua mereka sangat serasi.

Meskipun Syedot  itu tidak menyebut nama Liana di dalam podcast tersebut, namun ciri-ciri yang dinyatakan olehnya sangat jelas menunjukkan bahawa ianya adalah Liana.

Tidak berdiam diri, Liana kemudiannya mendedahkan segala bukti berkenaan Syedot termasuklah perbualan mereka di aplikasi WhatsApp yang jelas menunjukkan Liana sudah pun menolak cintanya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular