Youtuber Mukbang yang dikenali sebagai Syedot ASMR tampil memohon maaf dan memberi penjelasan terhadap kenyataan Liana yang mendakwa dirinya memutar belitkan cerita.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Syedot ASMR Mengaku Silap Sendiri, Minta Liana Muat Naik Video Penjelasan – ‘Janganlah Meleret Berhari-Hari’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Youtuber Didakwa ‘Kaki Spin’, Tak Boleh Terima Cinta Ditolak Liana Beep Beep?
Bermimpi Liana menipu
Menerusi perkongsian di TikTok, Syedot berkata, temu bual di dalam podcast Cikidot Channel tersebut adalah tentang hebatnya solat istikharah.
Dakwanya, selepas melakukan solat sunat itu, dia bermimpi Liana ada menipu sesuatu kepadanya.
Untuk pengetahuan semua, kisah ini bermula ketika Liana tiada teman lelaki mahupun belum berkahwin. Hari makin hari jadi musykil awal-awal dia okay kenapa tiba-tiba makin tak nak balas WhatsApp ataupun lewat balas?
Inilah bermula sambungan kisah di podcast. Jadi saya buat solat istikharah dan mimpi dia (Liana) menipu sesuatu.
Hari makin hari, saya bertanya balik pada diri sendiri ‘dia ada tipu ke masa pertama kali jumpa tu?’. Yelah, dia tanya soalan tentang kerjaya saya dan dia cuba nak ‘impress’ lebih dari saya ke dengan campur adukkan betul dan tak betul pada waktu itu.
Dalam pada itu, Syedot memberitahu dia bertambah curiga dengan Liana dan cuba untuk mendapatkan jawapan sebenar yang pada awalnya seakan memberi harapan kepadanya.
Saya ajak dia untuk ke tayangan perdana, tapi dia beritahu dia sedang mengenal hati budi seseorang di mana ibu bapanya yang mengaturkan perkenalan tersebut. Korang tak rasa makin mencurigakan ke kalau dalam keadaan saya ni? Kenapa tak beritahu je awal-awal?
Lelaki ni lurus bentul terutama saya akui kalau bab orang beri ‘double meaning’ dan berkaitan bab bercinta ni, memang saya dungu.
Disebabkan saya rasa mencurigakan, jadi saya anggap benda ini pun tipu juga. Dan keluarlah ayat di mana orang ramai rasa saya ‘desperate’, ‘push’ dia dan ‘red flag’. Kalau baca balik, saya pun malu sebenarnya tapi normal lah lelaki cuba mendekati perempuan.
Ada kata saya ‘delulu’ (perasan) tapi takkan lah dari awal perbualan masa jumpa sampai ke perkara peribadi pun dia ajak borak sambil bersantai ketika itu? Awak melayan, saya pun melayan.
Isu kereta, ‘bodyguard’ dan pendidikan ‘Masters’
Mengulas tentang isu tinggal di luar negara, memiliki perniagaan, kereta yang digunakan untuk penggambaran serta pendidikan Liana di dalam podcast berkenaan hanya merupakan persoalannya sahaja.
Mengenai kereta di dalam konten adalah keluarga punya, katanya saya fitnah. Saya kurang faham dia kata ‘spin’, kamu yang beritahu saya kereta dalam konten itu milik keluarga kamu, dan kalau awak guna kereta untuk penggambaran, cakap sajalah kereta itu ada yang keluarga punya dan ada yang sewa. Ke malu nak beritahu dekat saya kalau sewa?
Menipu pasal ambil master tu saya tak kata dia tipu ya. Saya kata ‘mungkin betul lah, aku tak pasti’. Memang saya tak pasti pun.
Isu ‘bodyguard’ pula, mentang-mentang perbualan kita berdua tanpa bertulis hanya bercakap dan anda menang lagi di sini kerana ambil bukti dari chat sahaja.
Kamu beritahu saya ‘bodyguard’ ambil dan ‘spin’ lagi kata duduk luar negara baru balik Malaysia dan lupa nak letak ayat ‘Grab’. Tapi saya sedikit pelik dekat sini kata baru balik Malaysia duduk lama di sana hampir 15 tahun katanya sampai tidak boleh nak sebut ‘Grab driver’.
Malah, dia mempersoalkan penetapannya di luar negara memandangkan tempoh sijil dan thesis pengajian Liana di Malaysia adalah sebelum dunia dilanda virus COVID-19.
Tambah Syedot, dia bertindak menjelaskan secara terperinci tentang dakwaan Liana tersebut disebabkan tiada tindakan yang diambil oleh pihak Liana untuk menurunkan video berkenaan.
Memandangkan anda tidak tutup private selepas 24 jam seperti mana saya beritahu, maka terhasillah video ini yang lebih terperinci.
Dengan ini saya ingin meminta maaf kepada Liana, suaminya dan keluarga di atas kekeruhan yang berlaku. Saya minta maaf sangat-sangat atas terjadinya perkara ini.
Harap kita dapat berdamai dengan cara baik dan ini merupakan video saya yang terakhir jika pihak disana ingin membalas semula, saya tidak akan membuat balasan video seterusnya.
Terdahulu, Syedot berkata dia pernah menyimpan perasaan terhadap Liana dan seakan memberi bayangan Liana itu adalah jodohnya menerusi sesi podcast bersama Cikidot Channel.
YouTuber itu juga berkata mereka sering keluar bersama dan kedua-dua mereka sangat serasi bersama.
Meskipun YouTuber itu tidak menyebut nama Liana dalam podcast tersebut, namun ciri-ciri yang dinyatakan olehnya sangat jelas menunjukkan ianya Liana.
Tidak berdiam diri, Liana kemudiannya mendedahkan segala bukti berkenaan Syedot termasuklah perbualan mereka di aplikasi WhatsApp yang jelas menunjukkan Liana menolak cintanya.