[VIDEO] ‘Tak Ada Dalam Proses Perceraian, Saya Reda’ – Misya Mazlan

Shopee Sale


misya ceraii 11

Kemelut rumah tangga yang melibatkan anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dengan suaminya, Aslam masih lagi diperkatakan ketika ini.

Bagaimanapun, isteri pertama kepada Aslam iaitu Misya Mazlan menegaskan bahawa perkahwinan dia dan suami masih lagi utuh.

Masih lagi bersama

misya ceraii

Menerusi temu bual bersama Wawa Official HQ Hub, Misya menjawab dakwaan yang mengatakan perkahwinan mereka kini retak menanti belah.

Misya kemudian menafikan dakwaan tersebut dan sama sekali tidak pernah terfikir untuk bercerai.

Saya pernah beritahu di Instagram Story, yang kita kena berdamai dengan takdir yang sudah terjadi.

Jadi, sekarang ini saya sudah berdamai dengan takdir. Saya jauh sekali tak ada dalam proses perceraian tapi saya terima semuanya.

Dalam masa yang sama, Misya mengakui cabaran dalam berpoligami agak sukar meskipun sudah menerima takdir dengan reda.

Misya juga memohon doa daripada orang ramai agar dia, Aslam dan Marissa dapat menempuh ujian dalam rumah tangga mereka.

Macam biasalah, dalam setiap rumah tangga mesti ada naik turun, ada macam-macam ujian yang datang..nak-nak pula bila berpoligami lagi macam-macam.

Jadi apa yang saya buat sekarang, saya terima dan reda dengan ujian yang datang. Doakan yang baik-baik untuk kami sebab ini semua ujian untuk kami bertiga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Misya sebagai seorang yang terlalu baik dan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan terhadapnya.

Suami dia berani sebab dia tahu isteri dia jenis baik hati, lembut dan bukan memberontak terlampau.

Suami dia ambil kesempatan la, dia tau isteri tak boleh melawan. Terima je harap-harap dia adil.

Allahu, baiknya awak. Semoga Allah berikan kekuatan.

Dalam perkembangan terbaharu, Abby telah mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

MENARIK:  JAECOO Semakin Mendapat Perhatian-SUV Segmen C Ni Lebih Lasak, Lebih Mengagumkan!

Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

Sebelum ini, Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

" data-video-id="7346497668731899144" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@wawaofficialhqhub

Replying to @aniwahida #virtualhugformisya #wawascarves #umisyamazlan #umisyamazlandutawawascarves #wawacosmeticshq #wawacosmetics

? original sound – @Becrushcosmetics.co – @Becrushcosmetics.co

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular