[VIDEO] Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Pengantin Lelaki Dedah Perkara Sebenar..Dah Perhabis Lebih RM30k – ‘Ada Penglibatan Orang Ketiga’

Shopee Sale


Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan satu video seorang ibu sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak dapat berlangsung apabila calon isteri menarik diri pada saat-saat akhir.

Pihak perempuan batal nikah

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam di laman TikTok, dapat dilihat ibunya menangis ketika memberitahu tetamu yang hadir bahawa majlis perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis doa selamat.

Hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam dan keluarga. Malah mereka turut mencadangkan Adam agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengantin perempuan kerana membatalkan majlis pada saat-saat akhir.

Susulan daripada itu, Adam akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada Selasa.

Menceritakan kejadian itu, Adam berkata mengikut pada perancangan asal, majlis akad nikah sepatutnya berlangsung pada 27 September dan majlis sebelah lelaki pada 28 September 2024.

Pada 23 Ogos lalu iaitu sebulan sebelum majlis, dia dan keluarga datang untuk pulangkan cincin tunang dan untuk tidak meneruskan perkahwinan. Pihak perempuan mulakan proses untuk batalkan dewan akad nikah dan juru nikah pada pertengahan bulan September.

Pihak lelaki dah selesaikan tempahan dewan kenduri sejak Julai dan jemputan kenduri dah diedarkan pada bulan Ogos. Jadi kami teruskan dengan majlis doa selamat, niat kami nak berkongsi rezeki dengan tetamu.

Ada penglibatan orang ketiga

" data-video-id="7420604894710729985">
@demflacco Replying to @user696?? ? original sound – DemFlacco?

Enggan berkongsi lebih lanjut mengenai isu yang menjadi punca pembatalan, Adam hanya memaklumkan bahawa mereka tidak berjodoh dan perpisahan itu melibatkan kehadiran orang ketiga.

Saya boleh kata tak ada jodoh dan ada penglibatan orang ketiga.

Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan lebih kurang RM31,000 tidak termasuk goodies bag, rumah inap untuk keluarga besar dan sebagainya.

Berkenaan dengan saman, itu antara keluarga saya dan dia sahaja yang tahu. Saya tak akan kongsikan apa-apa perkongsian berkenaan perkara tersebut.

Bercerita dengan lebih lanjut, Adam yang kini berusia 23 tahun memberitahu bahawa dia dan bekas tunangnya itu telah menjalinkan hubungan sejak tahun 2022 sebelum mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

MENARIK:  Amelia Henderson Tidak Akan ‘Get Back’ Dengan Aedy Ashraf – ‘Perlu Melepaskan Supaya Mereka Boleh Tumbuh’

Sementara itu, Adam menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk meraih publisiti dengan memuat naik video berkenaan malah tidak menyangka hantarannya itu menjadi tular.

Video yang saya muat naik bukanlah tujuan pemasaran atau sengaja buat drama. Pada mulanya saya nak muat naik satu video sahaja untuk jelaskan suasana pada hari tersebut sebab kawan-kawan saya ada yang tak dapat datang.

Saya tak sangka, ramai pula yang komen tanya apa sebenarnya berlaku. Kemudian saya muat naik video saya dan mak saya buat ucapan.

Sehingga kini, beberapa video yang dimuat naik oleh Adam sekitar majlisnya meraih lebih daripada 5 juta tontonan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular