[VIDEO] ‘Tak Melayan, Takkan Jadi’ – Aeril Zafrel Tiada Niat Nak Curang, Sifatkan Wawa Zainal Cukup Sempurna

Shopee Sale


Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memberitahu tidak pernah terfikir untuk menduakan isterinya yang juga seorang pelakon, Wawa Zainal.

Artikel berkaitan: ‘Tak Perlu Berlebihan Nak Cari Keserasian’ – Wawa Zainal Beri Amaran Kepada Aeril Zafrel

Artikel berkaitan: ‘Akak Salah Faham Ni’ – Individu Dakwa Aeril Zafrel ‘Madukan’ Wawa Zainal Dengan Marissa Dania?

‘Wawa dah cukup cantik’

Menurutnya, tiada alasan untuk dia mengenali wanita lain memandangkan Wawa sudah cukup melengkapi hidupnya.

Wawa sudah cukup cantik di mata saya. Saya tidak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya, tetapi kalau ada ‘bisikan’ yang tidak baik saya akan ingat pada anak-anak.

Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tidak boleh nak jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?

Cumanya kalau kita tidak melayan, perkara itu tidak akan terjadi.

Aeril berkata demikian ketika majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya yang diadakan di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Takut dengan kifarah

Kata Aeril, dia tidak mahu menghancurkan kebahagiaan yang telah dibina kerana percaya kifarah itu wujud.

Saya lebih senang untuk memikirkan masa depan. Saya juga tak mahu rosakkan apa yang sudah dibina selama ini, hanya dengan kesilapan diri sendiri.

Saya pun yakin, Wawa pun akan buat perkara sama memandangkan dia seorang yang setia.

Saya percaya kalau bual hal yang tidak baik, mesti kena karma. Apabila ia berlaku susah nak patah balik. Malah sudah tentu kepercayaan si isteri juga akan hilang.

Jadi pada pandangan saya, jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri pun tak boleh nak kawal.

MENARIK:  ‘Andainya Geran Itu Jatuh Kepada Orang Yang Di Bawah Aku, Aku Sangat Terkilan’ – Erma Fatima

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular