[VIDEO] ‘Tak Perlu Sebarkan Malu & Aib Orang, Hanya Tuhan Boleh Menilai’ – Fathia Latiff

Shopee Sale


fathia aib

Pelakon Fathia Latiff berpendapat aib dan malu mana-mana individu tidak perlu disebarkan kepada umum biarpun telah melakukan kesalahan.

Biar Allah nilai

fathia aib

Menerusi Instagram (IG), Fathia meluahkan pandangan peribadinya tanpa memetik mana-mana berita atau nama individu terlibat.

Fathia, 36, akui berasa sedih melihat campur tangan orang luar dan baginya hanya Allah SWT boleh menilai.

Kita manusia, buat kesalahan… saya tahu ia berbunyi tipikal, hanya Tuhan boleh menilai. Tak perlu sebarkan malu dan aib orang. Tak kisah la dia artis, atau pun orang biasa.

Saya sedih dengar fasal berita ini, bukan sedih sebab orang itu melakukan perlakuan itu. Tak perlu sebarkan, kalau kes macam ini, diam-diam. Buat dekat belakang kamera. Media tak payah campur.

Bagi saya sendiri, contoh kes orang fitnah, perlakuan suami isteri… benda itu tak perlu sebarkan. Saya pernah alaminya dan saya rasa benda itu tak perlu sebarkan.

Kecuali kalau awak rasa terancam, awak boleh sebarkan. Tapi untuk memalukan, menyebarkan benda tak baik, aib orang.. itu tak perlu sebarkan.

Simpan kejahatan orang lain

" data-video-id="7344930945784466706">
@official Fathia Latiff berpendapat aib dan malu mana-mana individu tidak perlu disebarkan kepada umum biarpun telah melakukan kesalahan.# #fyp #news #fathialatiff ? d?wi?k oryginalny – ???????

Tambah pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, semua orang mempunyai hak untuk bersuara namun tidak  boleh sewenang-wenangnya mengunakan kebebasan itu untuk menyebarkan perkara tidak baik.

Kita semua masyarakat Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah mengecam atau menghina. Contoh kalau orang itu serang kita, kita mesti nak serang orang itu balik kan.

Tak kan kita nak diam saja. Melainkan orang itu, memilih untuk mendiamkan diri. Kalau dia nak mendiamkan diri, untuk hak dia. Macam saya sendiri, saya rasa terancam, saya nak lindungi diri saya.

Saya cuba sampaikan pendapat saya… tapi tak perlulah nak sebarkan kejahatan orang. Bukan saya nak tunjuk pandai, pendapat saya… walaupun kau artis, memang kita ada freedom, kita perlu tahu untuk gunakan kebebasan suara itu.

Boleh saja kau nak cakap fasal sesiapa, tapi kalau dah menganiaya diri itu, bila kau bersuara, okay tak apa. Sebab dia dah buat sesuatu kesalahan dekat kau dan menganiayai. Tapi (sebaliknya) dia dah tak buat dekat kau, tapi kau cuba sebarkan cerita buruk dia.

Dalam pada itu, pelakon drama Hani juga berharap tidak berlaku salah guna kuasa hanya untuk bercakap mengenai orang lain.

MENARIK:  Lee Zii Jia Rindu Nasi Lemak, Sehari Selepas Pulang Dari Olimpik Terus Cari

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular