mencuri perhatian apabila memuat naik video memaparkan anak ketiganya iaitu Ariq Matin di TikTok.
Matin tengok video CEO Hilmi
Dapat dilihat, Matin sedang menonton video pengguna TikTok yang dikenali sebagai CEO Helmie sambil terbaring di atas sofa.
Menerusi video yang ditonton, kedengaran CEO Helmie sedang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar terhadap bapanya, Shuib.
Di ruangan kapsyen, Shuib memaklumkan tindakan CEO Helmie yang melakukan beberapa hantaran tidak betul mengenainya telah membuatkan keluarganya turut terasa hati dan terluka.
Tanpa kita sedar, mungkin ada hati yang terluka.
Terima kasih atas hinaan dan kejian yang buat banyak hati terluka.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa geram terhadap tindakan CEO Helmie dan berharap agar Shuib mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial itu.
Terdahulu, Shuib meluahkan rasa berang apabila CEO Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera. Shuib juga menafikan dirinya menjadi mangsa keadaan atau ‘kambing hitam’.
Bagaimanapun, pempengaruh berkenaan dilihat masih lagi aktif memuat naik video tentang Shuib meskipun pelawak tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang telah merosakkan reputasinya.