Meskipun sudah bercerai pada 24 April lalu, usahawan iaitu Datuk Red dilihat tetap menjaga hubungan baiknya dengan bekas isteri, Adira Suhaimi.
Adira telefon ketika live
Terbaharu, tular satu potongan video memaparkan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu yang melakukan sesi siaran langsung TikTok di dalam kereta.
Difahamkan, sesi siaran langsung itu bertujuan untuk melancarkan barangan jualannya.
Orang ‘launching’ produk ke, minyak wangi ke di tempat yang gah-gah, saya dalam kereta saja.
Tak balik rumah sebab hari ini secara rasminya saya tak ada rumah.
Sedang dirinya asyik melayan para pengikut di ruangan komen, secara tiba-tiba telefonnya berdering dan individu yang menelefonnya adalah Adira.
Menurut Datuk Red, bekas isterinya itu memintanya untuk tidak melakukan sesi siaran langsung di dalam kereta.
Sebaliknya, Adira memberikan keizinan untuk menggunakan studio yang berada di tingkat atas rumahnya memandangkan kedua abangnya berada di rumah.
Dia (Adira) telefon saya suruh guna studio dia di tingkat atas (rumah).
Saya baru ingat nak tipu sekali rupanya dia ada tengok saya tengah ‘live’ sekarang ini.
Dua abang dia ada dekat rumah.
Di akhir video tersebut, dapat dilihat Datuk Red meneruskan sesi siaran langsungnya di studio tersebut sambil ditemani Adira.
Video tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan murni Adira.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Datuk Red masih dibenarkan pergi ke kediaman Adira memandangkan mereka masih dalam tempoh idah.